Welcome to Cardiff !

by - September 20, 2014

Bismillah.

Alhamdulilah kami selamat sampai di Cardiff.

Sebelum ni, kami ada contact orang melayu yang duduk di sana - Abang Islah, Presiden MCC (Malaysian Cardiff Community) untuk bertanyakan tentang selok belok Cardiff. Almaklumlah, memang kosong terus knowledge tentang Cardiff ni. Kalau confirm je dapat belajar di Cardiff, cepat cepat google pasal MCC and join group di Facebook. MCC salah satu komuniti melayu yang kuat di sana. Mereka membantu pelajar pelajar Malaysia dari segi penempatan awal (family angkat), ambil di airport, buat gathering dan sebagainya.


Tibanya di Cardiff Airport, kami mengambil bas ke Cardiff City Centre - sebab senang senior nak ambil dan kos untuk parking kereta lebih murah berbanding di airport (parking mahal dan susah nak dapat parking). Mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai pada waktu malam sebab jalan sangat lenggang dan kenderaan kurang. Kalau di siang hari mungkin a bit delay kot. Seriously kat Cardiff ni traffic light sangat banyak.


Cardiff Airport -------> Cardiff City Centre

  • Tunggu di bus stop luar Cardiff Airport (ikut direction logo bus)
  • Ambil bus T9
  • Harga Tiket 5 pound
That all untuk entri hari ni :)

You May Also Like

0 comments