Persiapan sambung belajar di Cardiff, United Kingdom

by - October 21, 2014

Bismillah.

Persiapan untuk ke negara orang sangatlah penting kerana perbezaan budaya, makanan, bahasa dan sebagainya. Untuk persiapan barang - barang yang perlu dibawa, mungkin saya boleh kongsikan pengalaman saya sebelum ini. Untuk orang yang agak susah untuk menerima jenis makanan / masakan budaya lain, ini ialah senarai barang yang perlu dibawa : -

1) Periuk nasi - antara perkara penting yang perlu dibawa kerana di Cardiff, nasi bukanlah makanan ruji mereka. Memang tidak dinafikan, ada sesetengah kedai yang menjual periuk nasi di Cardiff, tapi sangatlah sedikit.

2) Belacan - di Cardiff tidak ada jual langsung belacan. Mungkin faktor hygiene bagi mereka. Tapi kalau ikan bilis memang ada dijual di kedai runcit orang Jepun di dalam packaging yang sudah di seal. Setakat ni, belum jumpa yang timbang macam di Malaysia. Udang kering pulak ada kedai runcit cina jual. Kira okaylah kan. Atleast boleh buat perencah/perasa masakan.

3) Rempah ratus - rempah ratus saya prefer untuk anda bawa dari Malaysia kerana lebih murah berbanding di sini dan rasa juga berbeza. Rempah ratus boleh didapati di kedai runcit Pakistan sekitar Cardiff jika anda tidak mahu bawa.

4) Milo / Teh - setakat ni, saya hanya jumpa milo di dalam tin saiz kecil dan agak mahal. Jadi, kalau anda peminat tegar air milo, bolehlah bawa siap siap ke Cardiff. Lagipun, milo brand sini rasa tak sama dengan milo di Malaysia. Rasa koko plain ala ala koko brand tesco. Teh ada jual di sini, tapi brand yang berbeza. Bukan Lipton ye :) hihi.

5) Baju sejuk - dinasihatkan beli sekurang kurangnya sehelai. Bukan apa, takut anda tidak biasa dengan suhu di sini. Memang tidak dinafikan, waktu saya turun sahaja dari flight di airport Cardiff, badan rasa sejuk yang teramat sangat walaupun dah pakai baju sejuk. Kalau dah lama tinggal di Cardiff, korang akan terbiasa dengan suhu di sini. Silap silap, keluar rumah pakai t-shirt biasa seperti di Malaysia.

6) Tuala Mandi & Set Penjagaan Diri - Tuala mandi memang ada dijual di sini, tapi mahal dan kurang berkualiti kalau dibandingkan dengan harga yang dibeli di Malaysia. Set penjagaan diri tak semua brand yang anda pakai ada jual di sini. Nak bawa lebih pun tak pe kalau anda memang dah biasa dengan brand tu. Tapi kalau jenis kulit tak kesah dan tak de allergic, beli dekat Cardiff je. Jimat ruang luggage untuk bawa barang2 lain.

7) Pakaian Solat & Tudung - haaaa.. yang ni jangan tertinggal pulak. Jenuh nak mencari telekung dan kain pelikat kat sini. Kalau boleh, bawa extra. Tudung pulak, bawa je banyak banyak. Kat sini ada jual selendang, tapi harganya, ish ish... tak berbaloi langsung. Berpuluh - puluh ringgit sehelai kalau convert duit Malaysia. Baik beli kat Jalan TAR, baru RM3 sehelai.Menyesal dulu tak bawa banyak banyak.

You May Also Like

0 comments