Bantuan Mangsa Banjir - Mercy

by - January 01, 2015

Bismillah.

Admin tumpang sedih dengan keadaan pantai timur Malaysia yang ditenggelami banjir meskipun jauh di perantauan. Persatuan Melayu di UK juga ada membuat kutipan derma untuk mangsa mangsa banjir dengan target kutipan derma sebanyak 15k.


Memang sedih tengok keadaan mangsa banjir yang kekurangan bekalan makanan, tiada tempat berteduh yang selesa di mana ada yang menyelamatkan diri hingga terpaksa naik ke bukit dan tinggal di sana beberapa hari. Admin dapat bayangkan betapa sejuknya mereka. Pakaian mungkin juga tidak sempat dibawa kerana kelajuan air yang begitu deras sehingga mereka hanya sempat menyelamatkan diri sahaja.

Baru baru ni, Mercy Malaysia ada melancarkan kutipan derma untuk mereka di mana orang awam boleh menyalurkan bantuan melalui tiga akaun seperti yang tertera di poster bawah iaitu : Maybank, Cimb Bank dan Rhb Bank. Jadi sesiapa yang mempunyai rezeki lebih bolehlah menderma bagi meringankan beban mereka.



Terima kasih atas bantuan korang semua :)

You May Also Like

0 comments