Perlukah teman isteri bersalin ?

by - December 09, 2014

Bismillah.

Macam biasa, lepas balik kerja, mesti minum minum dengan encik suami. Time ni digunakan untuk share pendapat, masalah, berbincang dan sebagainya. Isu yang menarik kali ni mengenai teman isteri semasa bersalin. 

Ada seorang hamba Allah update status di Facebook menyatakan dia tidak dapat menemani isterinya yang bakal bersalin kerana terpaksa BEKERJA. In fact, itu ialah kelahiran anak pertama. Encik suami memberitahu saya yang dia tak boleh terima alasan bekerja sebagai penghalang hamba Allah tersebut dari menemani isterinya bersalin kerana padanya, apa pun yang berlaku "Family First".

And yesss, im agreed with him!

Waktu bersalin, macam macam perkara boleh berlaku. Suami sangat sangat sangat perlu ada di sisi isteri semasa isterinya bersalin untuk beri sokongan moral, kata kata semangat dan doa agar semuanya berjalan lancar. Antara reason yang paling di TAKUTI ialah, itu mungkin saat terakhir berjumpa dengan isteri. Ketahuilah bahawa saat bersalin, seseorang itu menaruhkan nyawanya.

Suami perlu sama sama meraikan kelahiran anak dan lihat kepayahan isteri yang berhempas pulas tenaga dan nyawa untuk melahirkan zuriatnya - * jadilah orang yang mengazankan anak sendiri, bukan orang lain*

Jika waktu senang boleh bersama, mengapa tidak semasa susah? 

Suami yang peka akan cuba sehabis baik untuk menemani isterinya sewaktu bersalin. Lagipun, hamba Allah tersebut bekerja sendiri di mana dia boleh menyusun jadual kerjanya tanpa ada bantahan dari pihak atasan. Itu membuatkan kami terdiam seketika. Kami hanya mampu doakan agar semuanya selamat. 

p/s : Semoga waktu saya bersalin nanti, encik suami akan pegang tangan saya dengan penuh kasih sayang sehingga selesai bersalin dan mengazankan anak kami. insyaAllah :')

You May Also Like

0 comments