Kedai Makan Best di Cardiff : Griller

by - January 14, 2015

Bismillah.

Hari ni free and terlebih rajin nak review kedai makan HALAL di Cardiff yang boleh dikatakan sedap sehingga menjilat jari ! Cuba Google Griller Cardiff, mesti jumpa punya. Kalau korang search Griller tanpa ada nama lokasi, nanti keluarlah griller a.k.a tempat panggang tu je.  Hahaha.


Bila nak makan, perkara pertama dan kedua yang terlintas difikiran ialah:

Murah & Sedap 

Griller ada kedua dua perkara tersebut. Tempat ni dah jadi tempat makan yang kitorang selalu lepak hujung minggu. Set menu yang ditawarkan memang banyak sampai tak tahu nak pilih set mana. Menu yang saya and husband suka makan ialah set yang terdiri dari : 2 pcs burger ayam peri-peri, 2 pcs ayam (peha), 4 pcs kepak ayam, 2 set kentang goreng dan 2 pcs air minuman. Semuanya berharga 9.99 pound sahaja.

*tolong jangan convert ke duit Malaysia. Kalau convert confirm korang nak beli pen sebatang kat UK pun rasa mahal*. Hahahaha. 


Ni ialah real pic set tersebut. Lagi satu polisterine yang tak terbuka ialah burger ayam peri-peri. Soft drink lagi satu terkeluar dari camera.

Ayam peri-peri sangat sedap. Nak tahu rasanya macam mana? Sama rasa dengan ayam Nando's peri-peri hot sauce  . Nyummy !! Actually Nando's dan Griller kedainya sangatlah dekat antara satu sama lain. Tapi kalau makanan yang sama rasa dan sedap, baik pilih yang murah :).




My favourite burger. Burger ni menggunakan  ayam sebenar, bukan daging burger yang dah siap diproses macam daging burger Ramli tu. Roti dan sayur yang digunakan sangat segar. Kalau dah start makan, memang non stop sampailah burger tu habis. Nampak kecil dalam gambar, tapi hakikatnya, BESAR. Lepas makan burger, perut dah kenyang. Confirm yang kentang and ayam tu kitorang take away :)



Ini ialah sos yang disediakan. Satu hot & spicy sos, satu lagi mayonis garlic. Sedap. Boleh request untuk refill. 



Griller ada buat delivery service di sesetengah tempat. Kalau kurang rajin dan terlalu sibuk, boleh order online melalui Just Eat. Setakat ni, kami memang lebih suka walk in ke kedai sebab boleh makan waktu tengah panas panas. Sesuai dengan suhu Cardiff yang sejuk dan bersalji buat masa ni.

If nak walk in, ni alamat kedai Griller tersebut.

29 Caroline Street, Cardiff CF10 1FG

Kalau pergi ke City Centre, landmark yang korang kena cari ialah Library / Restaurant Jamie Oliver. Depan tu ada lorong kecil, jalan beberapa langkah dah nampak dah.




You May Also Like

0 comments