The majestic windmills - Zaanse Schans
by
traveleena
- May 22, 2015
Amsterdam ialah tempat terakhir dalam eurotrip kami di 3 buah negara. Bermula dari Switzerland, Germany dan berakhir di Netherlands. Waktu nak pergi Amsterdam, memang target nak tengok windmill dan bunga tulip. Excited. Kebetulan baru sahaja tamat musim sejuk. Jadi masih gagah lagi nak berjalan bila cuaca tak terlalu extreme. Suhu antara 12-16 darjah celcius. Just nice. Semasa di Geneva, Swiss, suhu terlalu panas. Sunburn dan pening kepala sekejap.
Kami beli pakej 48 hours I Amsterdam Card untuk berjimat. In fact, Amsterdam antara tempat pelancongan yang mahal dari pelbagai aspek. Boleh refer link ni untuk ketahui tentang pakej-pakej yang dah termasuk dalam card Amsterdam tersebut : I Amsterdam Card
Kami stay di Hostel Toko Bargain. Untuk backpackers, sangat convenient dengan harga yang dibayar. Berdekatan dengan Lidl (ala-ala Tesco tapi barang barang lagi murah dan banyak pilihan). Tapi yang datang untuk tujuan honeymoon, saya sarankan untuk tinggal di Hotel West Inn. Lebih selesa. Kedua-dua ni satu company dan letak berhadapan antara satu sama lain. Cuma budget yang membezakan :) . Untuk ke city, sangat mudah dari hostel ni. Cuma jalan kaki dalam 5 minit kehadapan, dah jumpa station untuk naik bus dan city tram. Make sure ada maps versi kertas, senang untuk rujukan.
Kami keluar awal pagi selepas solat subuh dalam 7.30 pagi. Kebanyakkan muzium buka pukul 9 pagi. Jadi kami terus ke Amsterdam Central untuk tengok keadaan bandar Amsterdam sebelum beli tiket ke Zaanse Schans. For your information, Zaanse Schans adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilawati selain Volendam, Haarlem, dan Edam.
Kami pilih untuk menaiki train ke Zaanse Schans untuk mengelakkan traffic jammed jika menaiki bas. Tambang hanyalah 6.10 euro for two-ways. Jarak dari train station untuk ke tempat-tempat menarik di Zaanse Schans anggaran 15 minit berjalan kaki. Memang ke dalam sedikit tempatnya. Tapi tak terasa letih sebab kiri kanan semua pemandangan sangat cantik.
Zaanse Schans View
Sebuah perkampungan yang cantik. Rugi kalau melancong ke Amsterdam tapi tidak singgah ke Zaanse Schans, Holland. In fact, dekat sini, banyak simbol-simbol yang melambangkan negara Belanda seperti kincir angin, kasut clog (terompah kayu), cara pembuatan cheese, minyak kacang dan lain lain. Too much too explore here. You will never regret !
Bahagian dalam windmill
Gambar gambar di bawah ialah struktur yang terdapat di dalam windmill. Gear atau roda ini yang menggerakkan mesin setelah kincir angin berpusing untuk memproses sesuatu seperti - minyak kacang, cat dan lain lain. Size gear ini sangat besar. Seiring untuk menampung kekuatan kincir angin. Gambar kedua ialah contoh mesin yang menggelek kacang tanah sehingga lumat sebelum menjadi minyak kacang.
Jenis jenis minyak kacang |
Verkade Factory Museum
Di Zaanse Schans juga terdapat muzium kilang biskut coklat Verkade yang sudah berada di pasaran menjangkau usia lebih 100 tahun. Nanti anda akan diberi sample biskut percuma untuk rasa sendiri kesedapan biskut Verkade. Sangat sedap for me ! Bahagian luar muzium ini ada jual biskut-biskut dan coklat Verkade untuk dibawa pulang :)
Wooden Shoe Workshop
Amsterdam trademark. Nama kasut ni ialah Klompen Clog yang dibuat sepenuhnya dari kayu. Zaman dulu-dulu, mereka gunakan untuk heavy industry untuk mengelakkan kecederaan dari terkena jentera dan alatan berat, limpahan bahan kimia dll.
Kasut clog bertatahkan batu cantik :) |
Jika penat berjalan, bolehlah take a breath sambil minum hot chocolate brand di coffee house. So far, memang berpuas hati melawat Amsterdam. If ada rezeki, will come again here. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak melawat hari tu due time constrains.