Kedai Jual Belacan di Cardiff

by - August 23, 2015

Bismillah.

Sekarang zaman dah moden. Tapi, walaupun dah maju ke hadapan dari segi teknologi, still ada benda yang susah nak ubah iaitu "selera makan". Walaupun dah stay dekat Cardiff, tekak ni masih lagi setia dengan makanan Melayu especially sambal belacan. Rasa tak lengkap kalau tak da. Jangan harap lah nak menghadap pasta, pizza and western food 24 jam. Tak pedas memang tak feel !

Luckily, dekat Cardiff dan area UK yang lain memang senang nak dapat makanan import from Malaysia. Untuk yang stay area Cardiff, saya sarankan, cubalah ke Global Food Ltd. Macam-macam ada. Kalau yang stay area Shah Alam, konsep Global Food ni sebijik macam Cash & Carry Seksyen 15. Biasanya kalau ke sini, saya akan beli belacan, kicap manis kipas udang (made in Malaysia), ikan bilis dll sebab harga beli dekat sini lebih murah berbanding pergi beli dekat kedai runcit biasa. Kadang-kadang, murah separuh harga. Sangat berbaloi and of course boleh berjimat. Yang pastinya, beli barang-barang yang tak da dekat Lidl je okay. Sebab kalau ada dekat Lidl, better beli dekat Lidl sebab Lidl lagi murah dari Global Food.

Belacan beli dekat Global Food sangat-sangat sedap! Rasanya, nanti balik Malaysia, confirm terngiang-ngiang sambal belacan UK pulak. Parahlah macam ni. Hahaha. Belacannya tak pahit. Waktu dekat Malaysia, beli belacan especially from Melaka mesti pahit. Tak tahu kenapa. Ni brand yang i selalu beli:



Tepi botol minyak masak tu kicap kipas udang yang i beli dekat Global Food jugak. Harga below 3 pound. Kalau beli dekat kedai runcit, above 3 pound. Huhuhu. Mula-mula datang Cardiff, tak tahu pun kewujudan Global Food. After mingle with others baru tahu. Btw, milo pun ada jual dekat UK. Cuma tak sedap macam dekat Malaysia sebab rasa koko biasa. Last-last i tukar dari minum milo ke cadbury sebab harga lebih kurang sama je, cuma cadbury sedap sikit.

So lepas ni dah tak payah fefeling rindu makanan Malaysia lagi ! Hahaha. Hampir semua bahan basic yang orang Melayu guna dalam masakan seharian ada jual dekat sini. Cuma rajin masak atau tak je :).

You May Also Like

0 comments