Pengalaman PAC PTD M41 2019

by - September 23, 2019

Bismillah.

Selepas UKJK, next stage ialah PAC. Nanti akan dapat email yang ditulis dengan details semua maklumat yang diperlukan.




Awal pagi, tolong datang dengan BERPAKAIAN PEJABAT kerana hanya LDK pada saat akhir sahaja yang memerlukan calon berpakaian sukan. Pada waktu saya menjalani PAC, ada seorang peserta yang hadir berpakaian sukan. Rumah agak jauh untuk tukar pakaian. Tapi bernasib baik kerana rumah abangnya sekitar lokasi ujian dan abangnya sempat menghantar baju.

Untuk sesi pagi, calon akan menjalani ujian Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Susunan meja mengikut no ANGKA GILIRAN di surat panggilan cetakan EMAIL, bukan no yang pakai di badan.

Selesai menjawab ujian esei, kesemua calon berkumpul di lokasi yang ditetapkan untuk cabut undi tajuk pengucapan awam dan public speaking.

Pengucapan awam dan public speaking di dalam sebuah bilik yang hanya ada seorang panel dari pihak SPA/kementerian, seorang pegawai psikologi dan ahli kumpulan korang. Biasanya ahli kumpulan dalam 10 hingga 11 orang sahaja. Jadi korang presentlah tajuk yang korang dapat tadi. Tolong jangan nervous. Chill je sebab nervous akan buat otak korang blank and nanti semua isi terlupa.

Selesai pengucapan awam dan public speaking, ujian seterusnya ialah Perbincangan Kumpulan Bahasa Melayu. Tolong lantik seorang moderator untuk guide halatuju kumpulan korang sebab tanpa moderator, perbincangan kadang-kadang akan tersasar especially bila ada calon yang dalam kumpulan tu syok sendiri.

Then lunch break + solat + tukar pakaian sukan.

Selesai makan, solat dan tukar baju semua, ujian seterusnya ialah Perbincangan dalam kumpulan Bahasa Inggeris. Walaupun berpakaian sukan, tolong jaga etika duduk secara formal. Jangan bersandar malas pada kerusi kerana mereka masih menilai attitude kita.

Akhir sekali ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Tujuan ujian ni untuk tengok tahap kerjasama sesama ahli dan leadership skills. Tolong jangan dominant kerana sebagai seorang pemimpin, kesederhanaan itu penting. Dominant equal tu selfish 😉

Tolong alert dengan Current Issues. Walaupun tajuk agak general, tetapi mereka mahu anda kaitankan dengan Dasar-dasar kerajaan dan program yang dilakukan oleh kerajaan. Anda bakal PTD, jadi sangatlah penting untuk kaitkan dengan dasar dasar tersebut. Bukan bercerita secara general seperti di sekolah 😄

Sebagai contoh, tajuk pengucapan awam saya ialah "Pemilikan rumah diusia muda".

Soalan nampak general, tapi anda boleh kaitkan dengan:
  • Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019
  • Skim Rumah Pertamaku Pekerja Sektor Swasta
  • Bantuan Pembelian Rumah Pertama
  • Usia muda - gaji masih di bawah B40 (ceritakan manfaat yang golongan B40 dapat = usia muda boleh menyimpan duit)
  • Cerita juga kebaikan-kebaikan buat loan usia muda (e.g: kadar bulanan rendah)
Pengucapan awam ni 5 minit je. Manfaatkan sebaiknya untuk menunjukkan yang korang seorang yang berilmu dan peka dengan keadaan semasa.

Bacalah banyak banyak surat khabar, tengok berita (di tv mahupun Youtube), lihat instagram kementerian-kementerian dan sebagainya. 

Usaha, tawakkal dan berdoa 💕

Ni ialah ahli kumpulan aku. Bersemangat waja semuanya. Harap-harap semua berjaya di peringkat interview dan Kadet PTD2019. Amin.



You May Also Like

0 comments