Prosedur buat PASSPORT

by - September 04, 2014

Since nak fly ikut suami sambung belajar di Cardiff University, kenalah buat passport. Sebelum ni memang tak pernah ada passport sebab travel pun dalam Malaysia shja.

Sangat mudah rupanya nak buat passport ni. Zaman sekarang tak perlu susah susah ambil gambar dekat kedai lain sebelum buat passport sebab Jabatan Imigresen Malaysia dah up-to-date. Semua buat di kaunter termasuk proses mengambil gambar.

Disarankan pergi awal pagi supaya tak tunggu nombor giliran lama sangat. Alhamdulilah waktu pergi tak ramai orang dan proses sangat cepat. Dalam tempoh sejam dah boleh collect passport.

Harga pun tak mahal sangat. Boleh buat sama ada 2 tahun (RM100) atau 5 tahun (RM300). Hari tu buat di PKNS Shah Alam.

Ni waktu bekerja mereka :-

Isnin - Jumaat : 7.30 pg hingga 5.30 ptg
Sabtu - Ahad : 8.00 pg hingga 1.00 ptg

Okay.. Selesai buat pasport untuk hari ini :)

You May Also Like

0 comments