Permohonan Visa ke UK

by - September 09, 2014

Bahagian passport alhamdulilah dah selesai. Since permohanan universiti encik suami dah berjaya, dan dah dapat unconditional offer, sekarang nak fokus kepada permohanan visa ke UK pulak.

Sebelum nak isi maklumat secara online, pastikan baca guidance notes yang disediakan di website dyorg. Kalau tidak, korang akan little bit confius. Antara dokumen yang perlu ada sebelum apply VISA:

  • CAS Statement - CAS ni short form untuk Confirmation of Study. Ia akan dikeluarkan oleh pihak universiti yang dimohon melalui email/ hantar offer letter ke rumah berdasarkan alamat rumah yang didaftar.
  • ATAS Certificate - khas untuk student yang memohon bidang kejuruteraan dan sains teknologi sahaja. Kena apply secara online.
  • TB Test - hanya ada beberapa sahaja klinik panel yang diiktiraf oleh UKBA. Kalau pergi selain klinik panel, hanya sia sia sahaja sebab tak valid. UK mmg nak test ni.
  • English Qualification - bergantung kepada pihak universiti yang dimohon sama ada mahukan keputusan IELTS, Pearson Test and etc. Kadang kadang kita boleh waive untuk ambil ujian ni dengan meminta pihak universiti/majikan surat rasmi yang menyatakan kita menggunakan bahasa inggeris sebagai medium. Macam suami saya, dia minta surat rasmi dari pihak universiti waktu belajar Degree untuk waive.
  • Translate document - untuk pelajar yang membawa suami/isteri, sijil nikah yang sudah diterjemahkan dalam bahasa inggeris diperlukan. Saya pergi ke pejabat agama sewaktu daftar nikah dulu untuk translate. Cas yang dikenakan ialah RM10, tempoh siap seminggu.

You May Also Like

0 comments