DAYLIGHT SAVING TIME DI UK

by - November 03, 2014

Bismillah.

Dalam banyak banyak perkara menarik tentang UK, daylight saving time (DST) isu yang paling rare semenjak duduk sini. Pertama kali tahu ia WUJUD. Nampak sangat sebelum ni tak amik port tentang isu semasa di luar negara. Hahahaha. Okay, sebelum cerita lebih lanjut, korang kena ada basic knowledge tentang 4 musim dekat sini sebab DST memang berkait rapat.

  1. Spring (musim bunga)    - Mac to Mei
  2. Summer (musim panas)  - Jun to Ogos
  3. Autumn (musim luruh)   - Sept to Nov
  4. Winter (musim sejuk)     - Dec to Feb

Maksud DST ialah masa yang dicepatkan satu jam pada waktu normal, di mana untuk memberi tempoh siang yang agak panjang pada musim panas, dan masa ni akan back to normal bila nak masuk musim sejuk (kena tolak satu jam semula). Ya, pada musim panas, tempoh siang lebih panjang berbanding pada musim sejuk. Tarikh untuk DST berubah-ubah setiap tahun. Biasanya, akan ada info atau berita tentang perlunya set jam cepat atau lambat satu jam. Kalau handphone atau laptop, waktu akan automatik update :)


Untuk tahun 2014, DST untuk di United Kingdom bermula pada 30 mac dan berakhir pada 25 october ..


Ni additional information mengenai DST yang diambil dari  --> http://www.educationuk.org/

There is a big difference in daylight hours throughout the year in the UK:-

  • The longest daylight hours are on 21st June. On this day, the sun rises just before 05.00 am, and sunset after 9.00 pm.
  • The shortest daylight hours are on 21si December. On this day, the sun rises around 08.00 am, and sunset around 4.00 pm   

Menarikkan bila kita dapat belajar tentang sesuatu yang baru di negara orang :) ..Sekarang ni musim luruh, bila nak ke musim sejuk ia akan tolak satu jam semula kerana musim panas telah pun berakhir. No more siang lebih panjang macam waktu musim panas. Memang tak dinafikan, pukul 5 petang je dah gelap macam pukul 9 malam di Malaysia. Tapi kerja, kedai dan shopping complex buka macam biasa.

You May Also Like

0 comments