Zaman Diploma & UK

by - November 04, 2014

Bismillah.

Bila dah duduk kat UK, tiba tiba teringat dekat zaman diploma dulu. Lucu bila difikirkan balik. Yes, im quite passive waktu tu.Tapi memang habit semulajadi suka perhatikan gelagat dan sikap orang. Nak dijadikan cerita, I ada sorang roomate (Shilla) yang jenis suka puji melambung bff dia, Ika *bukan nama sebenar*.


Kami duduk asrama. Bilik semua dekat dekat. Ika duduk depan bilik I je. Rajin keluar masuk bilik I sebab nak jumpa Shilla. Ika ni, anak orang kaya. Adik beradik pun dua orang je. Berbeza dengan Shilla, keluarga sederhana dan adik beradik ramai. Disebabkan Ika anak orang kaya, Shilla selalu puji dari segala aspek. Sampai I pun rasa, bestnya kalau jadi anak orang kaya. Tak payah pening pening kepala fikir itu ini especially bout financial. Hehehe. Masa belajar, memang nak pakai duit banyak walaupun I bukan jenis kaki shopping. Semua duit banyak labur dekat laptop, print dokumen, duit kolej, duit persatuan bla bla bla.... Lepas tu tak buat pinjaman PTPTN, memang kena jimat habis.


Yang lawaknya, si Shilla ni punya taksub sampai cerita kat I yang Ika punya pakaian dalam semua brand La Senza beli dekat UK. Beli coklat pun coklat mahal mahal dari UK. Every single thing yang Shilla cerita, semua kaitkan Ika and UK. Rasa envy sikit masa tu. Yela, siapa tak nak pergi UK kan. Memang tak dinafikan, kakak Ika ada belajar di UK waktu tu. Konon kononnya, Ika ni kerap pergi UK melawat kakak dia. Tak pasti tentang kesahihan cerita ni sebab I tak selidik and tak amik port pun. Hahahaha. Ibarat dengar macam angin lalu. *sebab it not affect & effect my life*


Time tu umur I baru 18 tahun, La Senza punya brand memang tak familiar lagi dalam hidup. So tak tahu pun kewujudan La Senza tu dekat Malaysia. Time Shilla bercerita, I terfikir yang La Senza ni sangat mahal macam mahal yang amat. Hanya orang yang betul betul kaya je mampu beli. Sampai I cakap , "bestnya... dia punya harga pakaian dalam boleh buat duit makan I sebulan agaknya". Noob. Masa tu, pada I makanan and study lagi penting dari beli barang branded ni. Membazir and I memang tak suka beli barang barang mahal kecuali it worth it and boleh tahan lama macam jam and laptop.


Age grow up. Bila rajin berjalan dan spend masa dengan family dekat shopping mall, baru tersedar yang La Senza pun ada je dekat Malaysia. Price? Orang yang gaji sederhana pun boleh beli. Tak de lah mahal sangat pun. Hahahaha. Apart from that, bila dapat duduk UK ikut encik suami sambung belajar, pandangan I tentang UK meleset. Indah khabar dari rupa. Coklat dan bahan tenusu di sini sangatlah murah. Lebih murah dari Malaysia. Kalau kita duduk di Shah Alam, tak banyak perbezaan pun. Yang berbeza hanyalah budaya, bahasa dan cuaca.


Pada I, Shah Alam lagi bersih dari sini. Dulu, setiap pagi sebelum pergi kerja di Seksyen 16, I selalu nampak orang bekerja untuk membersihkan daun daun gugur di tepi jalan, kutip sampah dan bersihkan landscape. MBSA yang bertugas untuk kutip sampah di kawasan kediaman pun boleh dikatakan hampir setiap hari/kerap. Dekat UK, daun daun yang gugur tak dibersihkan setiap hari. Sampai tebal dekat tepi tepi jalan. Sedangkan, jumlah orang yang jalan kaki untuk ke sana sini sangat ramai. Pedestrian tak besar sangat. Kalau dua orang lalu berlainan arah, mesti terpaksa pijak daun daun yang berlecak tu walaupun tak redha. *sekarang kerap hujan di UK*. Mereka hanya fokus pada kebersihan di kawasan city centre. Yang lain macam terabai sedikit. Sampah sarap lambat kutip sampai banyak di hadapan rumah. Nampak sangat tak cantik dan geli. Berbeza.


Tetapi tak semuanya buruk di UK, ada jugak yang baik dan cantik di sini :). Nanti I buat entry khas bout keistimewaan UK. Now, kena apply concept : "Experience it, before you believe". Jangan percaya tentang cerita seseorang sebulatnya kerana lain orang, lain pandangan dan pendapat. Mungkin pada dia, itu yang terbaik, Tetapi tidak pada yang lain.


The end.





You May Also Like

0 comments