Yeayyy!! Dapat kerja - Cardiff Metropolitan University

by - November 08, 2014

Bismillah.

Pagi tadi baru je pergi pejabat pos hantar borang NI (national insurance). Cakap dalam hati harap-harap dapat kerja cepat. Boleh bagi duit sikit dekat parent. Lagipun dah sebulan duduk dekat rumah. *rasa lemak dekat badan makin menebal*

Tup tup kawan ada pos dekat group facebook yang tempat kerja dia perlukan staff. Apa lagi, cepat cepat dail no phone dia sebab kalau lambat nanti tak dapat. Dekat UK persaingan untuk grab peluang kerja sangat tinggi. Kena apply konsep siapa cepat dia dapat.

Alhamdulilah!  I got it. *joget*

Happy sangat sangat. Atleast ada income masuk every month. Hihihi. Kalau convert duit Malaysia pun jumlah dia besar. 1 pound dalam RM5.40. Boleh saving untuk balik sana nanti :) . Now, im happy girl. Syukur. Isnin dah start kerja. New chapter of life is coming. Yehaaaaa --



You May Also Like

0 comments