Backpakers : Trip to Geneva, Switzerland

by - April 22, 2015

Bismillah.


Sempena cuti Easter, ambil peluang untuk jalan-jalan ke negara eropah. Lagipun, waktu - waktu macam ni, tiket kapal terbang sangat murah. Rugi kalau tak grab. Kebanyakkan student Malaysia memang berjalan waktu cuti Easter sebab cuti panjang sampai 2 minggu.

Kami dapat beli tiket dengan harga  £22 sahaja untuk one-way direction. Bila convert, jadi RM125.40. Naik dari Bristol Airport, UK → Geneva, Swiss. Tiket balik  tak beli sebab dari Geneva, plan terus ke Hamburg, Germany. 

Tips untuk jimat, beli Geneva Pass. Pass ni available untuk 1,2 & 3 days. Korang belilah ikut tempoh korang stay kat Geneva berapa hari. Kami hanya beli Geneva Pass 1 Day (£15.72/person). Dengan Geneva Pass, korang boleh naik public transport secara PERCUMA; bila tempat baru confirm tak berapa familiar sangat, jadi kalau salah naik public transport, still boleh tukar on the spot tanpa perlu susah payah beli tiket baru. Lagipun internet access kurang untuk refer Google Maps or Waze. (Salah public transport incurred additional cost)

Banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Geneva. Disebabkan hanya satu hari sahaja di Geneva, kami hanya melawat beberapa tempat sahaja. Antaranya ialah:


1. Jet d’Eau

Jet d'Eau adalah simbol Geneva. Merupakan air pancut setinggi 140 meter.



2. A Botanical Timekeeper - The Flower Clock

Jam Bunga ini terletak di Jardin Anglais. Jardin Anglais bermaksud English Garden. Diwujudkan pada tahun 1955. Susunan bunga jam berubah mengikut musim dan jam ini juga memberitahu waktu di Switzerland dengan tepat kerana menggunakan satelit . Jarum jam saat yang terpanjang iaitu 2.5 meter dan paling lama di dunia.


3. Broken Chair - A symbol for Peace

Broken Chair setinggi 12 meter ialah karya seni dalam kayu yang melambangkan kempen terhadap periuk api. Terletak berhadapan Union Nations (UN) .Mesej yang ingin disampaikan ialah untuk mengingati mangsa periuk api dan menggesa kerajaan untuk menggalakkan pengharaman periuk api.



4. A Breathtaking Panorama - Geneva’s Lakefront

Dengan pembelian Geneva Pass, kami dapat menaiki cruise percuma untuk menikmati pemandangan Tasik Geneva. Air tasik sangat jernih dan cantik. Selain itu, boleh tengok Jet d'Eau dengan lebih dekat. Kalau ada masa, anda bolehlah pergilah ke Mermaid Cruise.



5. “Geneva Old Town” mini-train tour

Naik mini train untuk tour sekeliling tempat-tempat menarik di Geneva sangat sesuai untuk yang kesuntukan masa seperti kami. Naik train ni pun percuma jika beli Geneva Pass. Boleh jadi childish sekejap sambil feeling-feeling kena angin sejuk.


Tempat-tempat menarik yang lain seperti Muzium Patek Phillipe, United Nations dan sebagainya, kami hanya melihat dari luar sahaja. Lagipun saya kurang gemar masuk ke Muzium :) . Selesai melawat, kami terus gerak ke airport untuk fly ke Hamburg, Germany. Oh ya, untuk backpacker yang macam kami, if tak nak bawa beg berat sambil berjalan, boleh letak di locker airport.

You May Also Like

0 comments