Apa yang menarik duduk di UK ?

by - April 25, 2015

Bismillah.

Bagi golongan muda yang bercita-cita tinggi dan ingin maju dalam hidup, berhijrah ialah langkah terbaik. Banyak kebaikan jika kita berhijrah sebab semakin banyak kita berjalan, semakin tinggi ilmu yang kita pelajari.

Sudah tertulis rezeki kami selepas berkahwin dapat duduk di UK. Kira pakej honeymoon sambil encik suami menuntut ilmu. Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya.

Jadi, apa yang menarik sangat duduk di negara orang ?

1. Dapat belajar budaya mereka

Macam biasalah, tak semua budaya atau amalan hidup sesuatu bangsa tu baik sepenuhnya. Jadi, amiklah yang positif, dan yang negatif tu hindarkan. Sepanjang duduk di sini, apa yang saya perhatikan, perkataan "Thank You" dan "Sorry" memang selalu saya dengar. Kira dah macam ucapan or kalimah wajib. Saya pun dah jadi terbiasa juga. Kadang-kadang nak tercakap thank you dekat mesin autopay parking sebab bagi servis kat saya. hahaha. Btw, cheers adalah perkataan sinonim untuk thank you.

2. Sabar di atas jalan raya

Memang tak dapat dinafikan, local people memandu dengan keadaan yang berhemah. Nak dengar bunyi hon sangatlah susah walaupun kereta depan lambat berminit-minit untuk bergerak bila traffic light dah hijau. Apa yang mereka buat, hanyalah beam lampu atau terus menunggu. Paling marah pun, mereka hanya mengumam or membebel dalam kereta. Dekat Malaysia ? Memang kena hon lah jawabnya. Saya berani drive dekat sini berbanding Malaysia kerana attitude yang mereka tunjuk. Yang tak bestnya, drivers yang bukan berasal dari sini bawa kereta tak da etika langsung. Tekan minyak selagi boleh -,-

3. Amalan gaya hidup sihat - suka bersukan

Part ni paling kagum. Tak kira masa, memang sentiasa nampak orang jogging either man or women dari pelbagai peringkat usia. Budak-budak sekolah pula, bawa beg besar singgah ke gym di awal pagi sebelum ke sekolah. Mungkin faktor cuaca juga mempengaruhi. Dekat sini walaupun ada cahaya matahari, tapi tak seterik dan sepanas Malaysia. Aktiviti-aktiviti seperti marathon, cycling, dan sebagainya, kerap dianjurkan. Mereka juga lebih prefer jalan kaki dan naik basikal berbanding bawa kereta. Jadi, kalau jalan kaki dekat sini, tak rasa akward sangat meskipun tempat yang kita nak pergi tu makan masa lebih 20 minit. So, jalan kaki dapat gantikan jogging bagi orang yang tak suka bersenam macam saya :)

4. Jimat sambil beramal

Satu konsep yang baru saya ketahui ialah tentang penubuhan kedai charity untuk tujuan kutipan dana, di mana mereka menjual barangan terpakai yang diberi oleh masyarakat setempat. Kalau dekat Malaysia, kita biasa panggil kedai bundle. Cuma tujuan penubuhan je yang berbeza.Terdapat pelbagai kedai charity yang ditubuhkan bagi tujuan kajian mengenai kanser, rawatan sakit jantung, cerebral palsy, dll . Kita boleh berjimat sambil beramal dengan membeli barangan di kedai-kedai Charity kerana kebanyakkan barangan yang dijual masih elok dan dengan harga yang berpatutan. Niatkan di dalam hati ketika membeli untuk membantu golongan yang memerlukan.

5. Peminta sedekah dan golongan yang memerlukan

Jumlah golongan yang meminta sedekah sangatlah sedikit. Selain itu, gelendangan yang berkeliaran atau duduk di kaki lima sekitar pusat bandar tidak meminta-minta. Ada juga melakukan persembahan bagi mengutip derma untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian dan sekadar untuk mengasah bakat. Pada saya, buat persembahan nampak lebih manis dan professional berbanding duduk bersahaja dan tadah mangkuk sambil pakai baju comot-momot sedangkan tubuh badan sihat walafiat. Kalau orang tua lainlah cerita -,-

6. Makanan sihat dan sedap dengan harga yang murah

Buah-buahan seperti anggur dan strawberi sangat murah. Dengan hanya satu pound, boleh dapat banyak. Memang sihatlah duduk sini especially yang suka makan buah. Makanan yang sedap-sedap pun murah juga seperti kentang goreng (my fav), pizza, sweet corn, coklat dan fresh milk. Nak senaraikan semua memang list berjela-jela lah jawabnya sebab semua sedap ! Hahaha. In fact, makanan made in Malaysia pun sangat mudah nak dapat. Dekat sini, dyorg prefer guna fresh milk berbanding susu pekat untuk buat air. Potensi untuk gemuk sangat tinggi kalau korang suka makan tapi tak suka bersenam.

7. Travel ke Europe Country

Disebabkan dah stay dekat UK, tambang untuk ke negara-negara eropah yang lain sangatlah murah. Perkara ni paling best :) If travel dari Malaysia, tambang mahal dan jauh. Ambil masa yang lama untuk sampai. Jadi siapa yang ada rezeki lebih bila duduk kat negara orang, pergilah travel ke negara yang berdekatan especially PARIS sebab nak pergi sangatlah dekat. Flight 1 jam dah sampai :)

8. Empat musim

Perkara yang semua orang teringin untuk laluinya. Sangat teruja semenjak pertama kali datang sini. Waktu kami sampai ialah musim luruh (autumn). Daun-daun gugur dan warna keemasan. Ya Allah, cantiknya tak terucap dengan kata-kata. Musim sejuk pulak sangat nyenyak tidur walaupun kadang-kadang sejuk yang teramat sangat sehingga -1. Tapi itu semua pengalaman yang tak akan dilupakan sebab tidur pakai sweater dan stokin. Hahaha. Musim bunga pula dapat tengok bunga tulip dan bunga yang lain ditanam sekitar bandar dan recreational park. Sangat cantik.


You May Also Like

0 comments