Daftar Nikah Online Johor

by - April 26, 2015

Bismillah.

Hai bride-to-be from Johorean !

Sekarang zaman dah modern, semua perkara kena daftar atas talian (online) . Lagipun ramai golongan muda yang migrate sebab berkerja di negeri lain. Like me, jauh kot kalau dari Shah Alam nak ke Johor semata-mata nak amik borang je -,- Nasib baik sistem online dah diwujudkan !

Untuk anak kelahiran Johor dan bakal bernikah di Johor, perkara yang korang kena buat ialah:

1. Hadiri kursus kahwin

Attend kursus kahwin dekat mana-mana pun boleh as long as dari agensi yang sah dan dapat sijil kursus kahwin. I amik kursus kahwin dekat Kuala Lumpur sebab slot dekat masjid negeri Shah Alam asyik full memanjang. Tak da sijil memang tak lepas syarat nak apply nikah nanti. Jangan sesekali terhilangkan sijil ni !

2. Jalani ujian hiv

Untuk ujian HIV, hanya klinik kerajaan sahaja yang dibenarkan. PRIVATE? Memang tak diterima langsung. Jadi jangan bazirkan duit korang yang banyak tu. Bergantung kepada klinik korang nak pergi tu sama ada kena buat appointment dulu atau directly walk-in. I pergi klinik kerajaan Seksyen 7, Shah Alam. Strictly walk in. Nasib baik datang awal sebab klinik ni limitkan quota satu hari 30 orang sahaja.

3. Daftar Nikah Online

Sebelum korang dapat isi borong online, korang kena daftar dulu. I ada bagi link dekat bawah.

http://encr.johor.gov.my/TERMNCR.aspx

Lepas daftar, korang kena call pejabat agama daerah yang korang nak nikah tu untuk aktifkan akaun. Bila akaun dah aktif, barulah korang boleh isi semua borang nanti. Disebabkan I bernikah di Pontian, Johor, jadinya I call Pejabat Agama Daerah Pontian. Call dalam 10 minit, dah selesai. Nanti dyorang akan tanya  nama penuh untuk tujuan pengaktifan.

4. Hantar Borang & Booking Kadi

Bila borang nikah kedua-dua pihak dah complete, korang kena submit ke pejabat agama daerah tempat korang nak nikah nanti. Waktu ni lah nanti korang akan di interview tentang soalan asas agama. Like me, both of us kena masuk bilik Ustaz tu. Alhamdulilah dapat jawab soalan dengan lancar. Kebetulan ustaz yang interview kami ialah tok kadi kawasan kampung saya, jadi, terus booking tarikh dan waktu nikah dengan dia. Senang dan jimat masa. If tak, pegawai yang jaga kaunter akan bagi nombor telefon tok kadi yang korang kena hubungi.

Mudah je step-step nak apply permohonan nikah. Tak susah. Lepas siap submit borang, kitorang rasa lega dan cakap " itu je ke prosesnya" sebab rasa sangat simple. Ingatkan leceh dan banyak kerenah.

Jadi, jangan pening-peningkan kepala korang tentang borang nikah sebab banyak lagi perkara yang korang kena fikir :) - doorgift, pelamin, senarai tetamu, dll.





You May Also Like

0 comments