Bath, England

by - August 12, 2015

Bismillah.

Mood untuk review short trip dah datang balik. Rasa rugi kalau duduk di negara orang, tapi tak ambil peluang untuk explore tempat-tempat yang menarik. Jadi, hujung minggu memang masa yang sesuai untuk jalan-jalan sekitar United Kingdom. (Says NO to work & class !)

Kali ni, kami pergi ke Bath, England. Kalau google, memang banyak senarai tempat yang bersejarah dan menarik untuk dikunjungi. Kalau nak pergi semua, satu hari sangatlah tidak mencukupi.

1. The Royal Crescent

Dalam banyak banyak tempat, memang teringin nak pergi sini sebab building dia menarik. Design bangunan ni macam zaman Roman Catholic. The Royal Crescent ialah salah satu bangunan trademark Bath. Agak lama umur bangunan ni sebab ia dibina dari tahun 1767, but still cantik sampai sekarang. Dulunya didiami golongan-golongan elit. Tapi sekarang bangunan ni dah jadi hotel mewah lima bintang, kawasan lokasi perfileman dan rumah persendirian. Ni gambar kitorang di depan The Royal Crescent. Terserlah muka excited. 




2. Royal Victoria Park

Dekat sekitar kawasan The Royal Crescent ialah Royal Victoria Park. Sesuai untuk kawasan aktiviti riadah, picnic mahupun untuk duduk santai melihat kecantikan alam sebab dekat park ni banyak bunga dan tumbuh-tumbuhan yang memang dijaga rapi. Bunga-bunga dekat sini semua sihat-sihat. Can you imagine bunga ros sebesar tapak tangan? Sangat besar for me sebab kat Malaysia jarang tengok size tu. Mungkin suhu yang sejuk dan tidak telalu kering membantu proses pertumbuhan bunga jadi gebu macam tu. Gambar di bawah ialah di Victoria Park yang berhadapan dengan The Royal Crescent.




3. Pulteney Bridge

Selain dua tempat di atas, korang bolehlah pergi ke Pulteney Bridge. Pulteney Bridge ialah salah satu jambatan yang tercantik di dunia, mempunyai sejarah yang tersendiri dan dianggap jambatan yang romantik. Ambil gambar wedding sekitar ni memang cantik especially bila photographer pandai cari angle. Terdapat beberapa kedai yang dibina di dalam jambatan tersebut. So korang bolehlah try pergi ke coffee house dalam jambatan tersebut sampai menikmati view sekitar yang cantik. Jambatan ni dibina oleh Robert Adam untuk William Pulteney di mana tujuannya ialah untuk menghubungkan dua tempat yang terpisah.




4. Salathai Restaurant

Setelah korang penat berpusing sekitar Bath, korang bolehlah lunch or dinner dekat Restaurant Salathai ni. Tom yam memang favourite ktorang. So bila nampak kedai thai, memang terlebih excited sikit. Harga sangat affordable sebab dia jual by set. Sangat berbaloi sebab sedaaaaaap! Tak menyesal pilih restaurant ni. Ni official website dia http://www.salathai-bath.co.uk/. Trylah google dan banding harga dengan restaurant sekitar situ. Kebanyakkan restaurant akan pamer harga diluar kedai. So korang boleh compare and pilih yang terbaik sebelum masuk.

So, enjoy your holiday nanti bila dah sampai Bath ok ! :)

You May Also Like

0 comments