Raya London 2015

by - August 12, 2015

Bismillah.

Alhamdulilah tahun ni ada rezeki untuk beraya di Rumah Malaysia London untuk pertama kalinya. Kebetulan masa dan tarikh sangat sesuai sebab tak bertembung dengan sambutan raya Komuniti Melayu di Cardiff. Kami bertolak dari Cardiff seawal 5 pagi menuju ke London untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Tukar baju raya dekat R&R London. My friends dah bertolak awal ke London semalam dan tidur di hotel. Setibanya di London, pergi ke hotel and pick up dyorang dulu. So pergi sama-sama. Sangat best dan happening ! Seolah-olah berada di Malaysia bila berkonvoi nak pergi beraya. 

Jamuan makan start pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 6 petang. Ramai yang datang. Ada yang dari Manchester, Edinburgh, Sheffield, Birmingham dan lain-lain. Sempat berborak dengan mereka dan bertanya khabar. Agak ramai juga bangsa kita di perantauan :). Penduduk local (British) pun hadir untuk turut serta merasai kemeriahan jamuan raya.

Makanan semua memang selera orang Malaysia : Roti Canai, Nasi Tomato, Mee Bandung, Satay dll. Bolehlah kurangkan rindu sekejap. Semua menu ktorang try. Hahaha. Nah belanja sikit sekeping gambar dekat depan Rumah Malaysia London.

*excuse the bad lighthing*

You May Also Like

0 comments