Langkah Awal Bekerja di UK

by - August 12, 2015

Bismillah.

Bekerja di negara orang merupakan pengalaman yang sangat bermakna meskipun sebagai pekerja biasa sahaja. Untuk dependent partner yang ikut suami atau isteri melanjutkan pelajaran di UK, rebutlah peluang ni. Bukan selalu dapat stay dalam masa yang lama di tempat orang kalau bukan kerana Visa belajar, sebab untuk melancong, UK Visa hanyalah valid untuk tempoh enam bulan sahaja. So sebelum mula kerja, korang kena pastikan korang dah buat perkara-perkara yang disenaraikan di bawah supaya tak langgar undang-undang UK. Dyorang sangat strict dalam law.

1) Apply NI (National Insurance) Number

Sebelum cari kerja part time or full time, apply NI number sangatlah penting kerana tanpa NI number, nak buka akaun & terima gaji pun tak boleh. Di UK, kebanyakkannya gaji terus masuk ke bank setelah Income Tax ditolak. Minimum gaji di UK ialah £6.50/hour. Tetapi, employer yang membayar pekerja di bawah gaji minimum yang ditetapkan, mereka lebih prefer bayar cash. Win-win situation: employer bayar gaji sedikit, pekerja yang tak da NI number / akaun bank boleh dapat gaji dengan mudah (yang illegal pun boleh kerja).

Untuk apply NI Number, korang kena:


Call Jobcentre Plus 
No. Phone: 0345 600 0643
Waktu bekerja: Isnin - Jumaat 
8 pagi -6 ptg 


* Mereka akan tanya details diri kita
Borang permohonan NI number akan dihantar ke rumah selepas seminggu dari tarikh call (kalau lewat sangat, rajin-rajinkan diri call dyorang tanya update)
* Kena hantar semula borang beserta dokumen yang diminta ; salinan passport & visa sebelum tarikh permohonan tamat
* NI Number akan dipos ke rumah anda 3 minggu selepas borang dihantar

2) Cari Kerja

Setelah memiliki NI number, anda sudah boleh mencari kerja part time or full time. Macam biasa, waktu mula bekerja, employer akan suruh kita isi borang maklumat peribadi termasuklah nombor akaun bank untuk auto credit gaji, salinan passport & visa, dan salinan NI number. Tetapi, waktu mula bekerja kita masih lagi tidak mempunyai akaun bank. Jadi, anda haruslah minta surat dari employer yang menyatakan anda bekerja di syarikatnya kerana sesetengah bank di UK terutamanya Llyods, Cooperative Bank, Santander etc., mereka mahu surat dari majikan sebagai bukti yang anda legal untuk bekerja di UK.

Kalau memang dari Malaysia korang memang dah target nak kerja, so korang bolehlah call Jobcentre Plus dalam minggu awal sebaik tibanya di UK. Tak perlu ada kerja dulu pun korang dah boleh cepat-cepat apply NI number. So senang nanti sebab nak tunggu borang NI diproses pun makan masa jugak. Makin lambat korang apply NI number, makin lambatlah gaji yang korang akan terima.

Okay. Setakat ni, itu sahaja kot pengalaman yang boleh dikongsi. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email: norlina_90@yahoo.com. InsyaAllah boleh tolong kasi info mana yang mampu. 

You May Also Like

6 comments

  1. Salam,

    Hi. Saya ada pertanyaan tenting kos hidup di UK. Agak2nya berappt Gabi yang cutup until perbelanjaan sorta saving ya?Tq

    Nurul

    ReplyDelete
  2. saya dah 3 tahun kerja di London. memang payah tapi setakat ni semua ok. kalau nak cari kerja kat sini saya cadangkan guna link ni: https://join.magnet.me/u/siti.mokhsein.93447

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin nk masuk London... Tapi punya la susah . Apa yang perlu saya ada ya jika nk masuk ke London ... Visa apa kena pakai untuk duduk lama ?

      Delete
    2. saya nak kerja kat sana boleh terang kan kos rasa hidup di sana N payah tak rakyak asing kerja di sana bilik sewa

      Delete
  3. salam, kalo nak apply NI (National Insurance) dari malaysia bole tak? sebab sekarang masi di malaysia lagi..

    ReplyDelete