Solat Hujung Waktu

by - September 04, 2015

Bismillah. 

Topik ni sangat penting diulas dan dibaca sebab terlalu ramai yang keliru. 

Situasi yang sering berlaku ialah apabila kita solat di hujung waktu dan azan solat berikutnya berkumandang, kita perlu berhenti atau teruskan solat kita?

Jika kita sempat rukuk pada rakaat pertama, dan azan berkumandang, solat tersebut dipanggil solat tunai dan sah. Manakala jika kita tidak sempat, maka ianya dipanggil solat qada'. Kita perlu meneruskan solat sehingga salam tanpa perlu berhenti.


 Maksud solat tunai ialah:

Ibadah yang dikerjakan pada waktu yang diperuntukkan. Contohnya sembahyang Asar. Waktu yang diperuntukkan kepada kita ialah ketika bayang-bayang sama ukuran dengan benda asalnya, dan berakhir apabila terbenam mentari. Jika kita mengerjakan ibadah dalam lingkungan waktu berkenaan, maka sembahyang itu dinamakan sembahyang tunai.


Maksud solat qada' ialah:

Ganti/bayar balik. Iaitu ibadah yang dikerjakan selepas atau diluar waktu yang ditetapkan. Seperti sembahyang Asar. Kita tidak dapat menunaikan sembahyang Asar (samada sengaja ataupun tidak), lalu kita mengerjakan selepas waktu Asar. Ibadah ini dinamakan sebagai qada'.


Ini adalah pendapat mazhab Syafi’i. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar. “ (Muttafaq Alaih)


Contoh situasi:

Soal: Seorang musafir sedang menunaikan solat fardhu Maghrib di rakaat yang kedua, terdengar azan Isya' dari masjid. Apakah hukum solat Maghrib beliau?

Jawab: Dia telah memperoleh rakaat kedua. Ini bermakna sembahyangnya dianggap sebagai sembahyang tunai. Lihat penjelasan di atas…

Soal: Apa harus beliau lakukan ?
Jawab: Teruskan sembahyang maghribnya itu sehingga selesai. Sembahyangnya sah dan dianggap sebagai tunai.

Kalau tidak sempat mendapat satu rakaat sudah kedengaran azan Isyak, juga perlu diteruskan . Sembahyangnya sah, tetapi dianggap sebagai sembahyang maghrib qada'.


You May Also Like

0 comments