Hebatnya Kuasa Dhuha

by - November 08, 2015

Bismillah.

Waktu zaman belajar, nak buat solat dhuha memang liat sangat. Hanya buat solat hajat agar dipermudahkan urusan belajar dan lulus exam dengan cemerlang. Tak pernah buat dhuha walaupun sekali waktu tu eventhough tahu yang solat dhuha banyak manfaatnya.

Hinggalah habis belajar dan menempuh alam pekerjaan, encik tunang (now dah jadi husband) bagi nasihat untuk buat solat dhuha. Lagipun encik tunang dah lama start amalkan solat dhuha dan nampak perbezaan yang ketara dalam kehidupan.

Yes, memang kita sedia maklum yang amalkan solat dhuha untuk dimurahkan rezeki. Namun perbetulkan niat kita. Jangan kita solat semata-mata hanya untuk rezeki dan kekayaan, tetapi kejarlah keredhaan Allah. Itu yang lebih utama. Dengan adanya redha Allah, semuanya berkat.

Mula-mula, memang lopong lopong. Tapi alhamdulilah, selepas tu, hampir setiap hari solat dhuha dan rasa janggal bila tinggalkan. Murahnya rezeki hingga banyak perkara yang berlaku tak terjangka oleh akal. Antaranya ialah:

  • Dapat berkahwin dalam umur yang muda. Kami plan memang nak kahwin awal dan alhamdulilah semuanya seperti dirancang. By 23 saya dah kahwin. Memang target tak nak exceed umur ni.

  • Suami dapat melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Perkara ni berlaku dalam masa yang terdekat selepas kami berkahwin. Ibarat macam pakej honeymoon sekali ke sana. Macam tak percaya sebab akan duduk di luar negara.

  • Mudah cari kerja part-time di UK. Baru terniat nak cari kerja, tiba-tiba kawan post dekat Facebook ada kerja kosong. Rezeki sangat.

  • Business online berjalan dengan lancar. Sewaktu di UK, kami jual barangan pre-order Fossil dan pos ke Malaysia setiap bulan. Sambutan sangat menggalakkan. Dengan duit business, kami dapat bagi sikit ke mak ayah dan melancong sekitar europe (Paris, Amsterdam, German, Switzerland, & etc).

Itu baru perubahan sedikit yang berlaku. Perkara yang paling ketara ialah, sejurus encik suami tamat pengajian, ada panggilan kerja dah menanti. Kiranya balik Malaysia, tak perlu baru nak cari kerja. Projek yang ditawarkan ialah di Suai, Timor Leste. Waktu suami tengah interview, bos panggil sekali untuk di interview. Fuhh fuhhh.. Rezeki dapat kerja sekali satu company. Jawatan dan gaji yang ditawarkan pun agak tinggi. Apa lagi, grab terus peluang tu. Finance & Admin Manager, siapa tak nak kan. Kira pengalaman yang sangat berharga kerja di negara luar.

Alhamdulilah.

Jadi, amalkanlah solat dhuha untuk cover balik lopong-lopong solat wajib yang kita lakukan. InsyaAllah. Perjalanan hidup akan mudah dan hati lebih tenang. Semoga istiqamah.

You May Also Like

0 comments