Pentingnya Sifat Toleransi

by - January 10, 2016

Assalamualaikum.

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dan hanya berlandaskan cinta semata-mata. Waktu aku kahwin dulu, ramai saudara and kawan-kawan aku pesan nasihat yang sama iaitu "banyakkan bersabar". Bukan setakat ckp dimulut je, siap tulis dekat buku photobooth lagi. Hahaha.

Now, aku dah laluinya. Memang sangat-sangat perlukan kesabaran yang tinggi sebab kita hidup dengan stranger. Totally zero tentang dia. Cara dia makan, tidur and habitnya. Dah kahwin, banyak benda yang korang kena korbankan. Tak boleh simply ikut mood korang. Kena berbincang.

Wahai isteri, korang perlu bersyukur jika suami kamu dah jalankan tanggungjawab dia sepenuhnya. Jika suami bukan jenis yang bertanggungjawab, kena slow talk and remind dia slow slow. Biasalah, kalau korang main terjah je, siapa yang suka. Suami pun ada ego dia yang tersendiri.

Bila marah atau bergaduh, jangan keluarkan kata-kata kesat atau yang menyakitkan hati pasangan semata-mata untuk rasa puas. Takut menyesal kemudian hari. Sebab tu orang cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasalah jawabnya......

Anyway, selamat pengantin baru and untuk yang sudah lama berumahtangga, chill and enjoy your moment k ! =)

You May Also Like

0 comments