Timor Leste: Working Permit & Working Visa

by - June 01, 2016

Bismillah.

Untuk bekerja dekat Timor Leste, procedure sama macam negara-negara lain. Perlukan working permit dan working visa. Dua perkara ni ialah benda yang berbeza. Dont get confuse.

Working Permit - Dalam kata mudah, dapat izin or kebenaran bekerja dekat negara tu. Kalau tak dapat izin, Immigration and Sephofe akan kejar. Denda mahal kalau tertangkap. Dah ada working permit, not necessarily perlu ada working visa sebab boleh pakai visa pelancong.

Yang ruginya kalau pakai visa pelancong ialah setiap kali keluar masuk Timor Leste kena bayar USD30 sebab visa pelancong single entry sahaja dan valid hanya selama 30 hari. Single entry bermaksud walaupun visa tu valid sampai 30 hari, tapi hari ke 15 korang dah keluar dari Timor Leste and hari ke 20 nak masuk balik, then kena bayar semula USD30.

Lepas hari ke 30, visa tu kena extend kalau korang nak stay lama. Yelah, kerja mestilah stay lamakan. Dah satu hal lagi nak kena pergi ke pejabat Immigration buat Visa Extension maximum 2 bulan dengan harga USD35/month. Rugi rugi.

Contoh Working Permit

Receipt Visa on Arrival for Tourist Visa. Bayar dulu dekat border baru dia bagi visa pelancong.

Contoh Tourist Visa yang valid hanya 30 hari sahaja


Working Visa - Untuk working visa, perlu bayar USD50 sahaja dan valid selama satu tahun. Bermaksud, boleh keluar masuk Timor Leste selama satu tahun tanpa perlu bayar apa-apa lagi lepas tu. Jimat banyak. So lepas cuti balik raya dekat Malaysia, boleh masuk Timor Leste dengan senang hati. Yang bestnya, tak perlu susah-susah beratur dekat border lagi dah. Direct masuk je. Kalau visa pelancong nak queue memang ramai.


Contoh Working Visa

Okay, jelas tak perbezaan working permit dengan working visa? Hihihi. Nanti Lina akan update cara-cara nak apply working visa and working permit sebab lina yang directly involved prepaped all document sampai berjaya dapat.

Thank you for reading !

You May Also Like

0 comments