Cari kerja di UK. Mudah atau susah?

by - November 19, 2016


Bismillah.

Post saya mengenai langkah awal bekerja di UK mendapat respon dari para pembaca dan ramai yang bertanya melalui email bagaimana untuk bekerja di sana. Kebanyakkannya ialah anak muda yang currently tinggal di Malaysia dan ingin mencari peluang serta tambah pengalaman hidup dengan keluar dari kepompong keselesaan.

Adik adik,

Untuk yang datang direct dari Malaysia, untuk bekerja di UK bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak procedure yang perlu dilalui.

Seperti yang ditulis dalam post  langkah awal bekerja di UK pada perenggan pertama, akak ada highlight "untuk dependant partner yang ikut suami atau isteri melanjutkan pelajaran di UK, rebutlah peluang ni".

Sebab apa akak highlight dependent partner?

Sebab pasangan yang ikut suami atau isteri belajar di UK, automatically akan dapat Visa Tier-4 (Dependent Partner) di mana mereka layak untuk bekerja di sana. Waktu ni ialah tahun 2014. Namun, terdapat perubahan polisi pada tahun 2015 di mana mereka yang ikut pasangan belajar di UK boleh bekerja tetapi perlu melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBS (Dependent) Policy Guidance. Antaranya ialah:

  • If you are the family member of a Tier 4 (General) Student, if the main applicant’s grant of leave is for less than 12 months you will not be allowed to work whilst in the UK, unless the main applicant is a Government Sponsored Student
  • If you are the family member of a Tier 4 (General) student, you will not be allowed to work whilst in the UK if the main applicant’s grant of leave is for a course of study below degree level, unless the Tier 4 migrant is a government sponsored student

Kerajaan UK semakin strict. Mungkin kerana terlalu ramai foreigner yang datang dan bekerja di negara mereka. Mereka rasa terancam dan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan semakin berkurang.

Sama situasi dengan Malaysia di mana lambakan pekerja asing semakin meningkat dari masa ke semasa. -,- . 

Kalau kita tengok dalam drama Melayu, kalau anak-anak orang kaya bila putus cinta je mesti bawa diri dan buat keputusan untuk bekerja di luar negara. Nampak mudahkan bagi mereka.

Ya, memang mudah jika anda anak orang kaya atau memiliki wang yang banyak. Bukan nak demotivated korang, tapi dunia hakiki memang begitu. 

Terdapat pelbagai jenis visa yang anda boleh apply untuk melayakkan anda tinggal di UK. Namun, salah satu syarat yang anda perlu kemukakan ialah, bank statement atau supporting document mengenai status kewangan anda yang menunjukkan anda mampu untuk tinggal di UK dalam certain period.

Kerajaan  mereka sangat bijak untuk mengatasi kadar golongan gelandangan di negara mereka dari terus meningkat tanpa kawalan. 

Untuk kenali dan ketahui bagaimana untuk apply visa ke UK, anda boleh baca di SINI

GOOD LUCK! 

Semoga ada rezeki adik-adik untuk bekerja di luar negara.



You May Also Like

0 comments