Bali - Syurga Berbulan Madu

by - January 28, 2019

Sewaktu di airport Bali, terserempak dengan kawan degree yang baru bernikah. Tidak dinafikan, Bali merupakan salah satu pilihan untuk pergi berbulan madu.

Sewaktu bekerja di Timor Leste (TL), kerap ke Bali di atas dua faktor:

1) Renew visa (3 bulan sekali) 

Sewaktu visa kerja belum siap diproses, harus keluar dan masuk Timor Leste kerana maximum stay menggunakan visa pelancong ialah selama 3 bulan. Bali merupakan lokasi yang terdekat dengan TL untuk saya cop passport keluar bagi mengelakkan dari overstay dan didenda oleh kerajaan TL. Proses visa kerja agak lama kerana melibatkan banyak pihak.

2) Transit Flight

Penerbangan dari Malaysia harus transit bermalam di Bali sebelum balik ke TL.
Dari Malaysia, tiket yang tiba di Bali paling awal ialah tengahari. Manakala, tiket penerbangan dari Bali ke TL pula hanya ada pada 7.30 pagi. Jadi, saya akan bermalam di Bali. Kadang-kadang, saya tiba di Bali pada hari Jumaat dan tinggal di Bali selama 2 malam sebelum pulang ke TL.

Terdapat pelbagai lokasi yang menarik boleh dituju di Bali.

  • Tanah Lot - Tempat pertama yang saya kunjungi semasa tiba di Bali ialah Tanah Lot. Di Tanah Lot, boleh lihat temple hindu tinggalan sejarah, pantai dan bukit bukau. Untuk nature lover, korang akan suka tempat ni sebab awan warna biru dan air sangat jernih. Ambil gambar memang nice. Tempat ni juga sesuai untuk tengok matahari terbenam. Siang hari, tempat ni agak panas sikit. Jadi sila standby topi dan sunglasses as a back up. Takut sunburn teruk and demam kalau terdedah lama sangat.

  • Ubud - pemandangan di Ubud sangat cantik kerana lereng bukit yang dipenuhi dengan sawah padi menghijau. Cuaca di kawasan ubud juga berangin sejuk. Pelbagai jenis lukisan yang cantik dan rare boleh dibeli di sini. Yang kurang syoknya, seller yang jual craft tangan start dari turun kereta akan asyik ikut kita dan paksa beli barangan mereka. Kalau boleh jangan beli, sebab once dah beli dkt satu seller, nanti seller yang lain datang kerumun.

  • Waterbom Bali - Taman tema air Waterbom sangat worth it untuk pergi. Ada vuvuzela yang besar. Challenge level dari low to extreme. Untuk yang sukakan cabaran, boleh cuba water ride Smashdown 2.0 dan Fast n Fierce. Fuuuhh! Memang adrenaline junkie. Kalau lapar selepas watersport, ada cafe dalam taman tema tu. Boleh survey aktiviti lain dekat website dyorg.

You May Also Like

0 comments