Travel To Maldives

by - December 31, 2018

Kami decide untuk pergi ke Maldives bagi mengakhiri tahun 2018. Macam biasa, tiket beli sebulan sebelum dari tarikh yang dirancang. Tak berani nak beli terlalu awal sebab kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku.

Den pernah terkono yob! Beli tiket flight Krabi, tiba tiba travel agency umrah whatsapp tarikh umrah dicepatkan. Tarikh yang dicepatkan tu jatuh pada tarikh yang kami sepatutnya ke Krabi. Burn tiket 😂 Try adjust2 nak tukar tarikh, tapi harga lagi mahal dari beli tiket baru. Last last, bubye sajalah.

Saya listkan total cost tiket flight & penginapan bagi memudahkan sesiapa yang nak travel ke sana buat anggaran budget. Ni bukan konsep backpackers, jadi kami tak tightkan budget sangat.

Cost Flight & Hotel :

  • Flight ticket Air Asia (Return 2 pax) - RM2,120.85 ; Termasuk insurance, meals and check in luggage
  • Hotel Kaani Village & Spa (3 nights includes breakfast) - RM1,250.64  
  • Hotel Maafushi Village (1 night includes breakfast) - USD 70
Cost Excursion:
Day 1
  • Kami ambil Full Day Excursion dengan Kaani Tours (Under Kaani Hotel)
  • Price: USD35/pax
  • Full Day Excursion Activities: Snorkeling to Bond Reef, Turtle Reef & Kuda Giri, Lunch at Sandbank and Dolphin Watching
Day 2
  • Kami ambil half-day snorkling packages dengan iCom Excursion Center
  • Price: USD50/pax
  • Activities: Lucky Dolphin, Nurse Shark, Visit Fulidho Island and lunch, Sandbank
Day 3
  • Kami ambil packages water sport activities dengan Maafushi Water Sports
  • Parasailing - USD60 (2 pax)
  • Stand up paddle - USD10/pax
  • Selesai water sports, kami pergi Night Fishing. Kami ambil package dengan Crystal Sand Hotel. Price: USD25/pax
Day 4
  • Kami mandi manda dekat Bikini Beach depan Hotel Kaani Grand Seaview
  • Minum jus dekat Juice Bar
  • Husband pergi solat Jumaat dekat Masjid Maafushi
  • Beli souvenir dekat Arena 
  • Lunch dekat Rocket Cafe
  • Airport transfer (book dengan iCom Excursion Center). Disebabkan pernah beli pakej excursion dengan iCom, airport transfer from Maafushi USD15/pax sahaja. Kalau tak harganya USD20. 

Details: 
Hotel Kaani Village and Spa yang kami booking dah penuh. Jadi staff dyorang upgrade ke Kaani Grand Seaview. Hotel ni baru berumur setahun. Jadi semua cantik lagi. Hotel ni betul2 mengadap Bikini Beach. Jadi memang dekat sangat nak pergi mandi laut. Rezeki sebab kalau ikutkan rate, Kaani Grand Seaview ni harga double dari hotel yang kami booking.


Sana memang tak de jalan turap. Jadi luggage semua angkut guna ni.

Hotel Kaani Grand Seaview

Buka pintu terus nampak Bikini Beach

Ada Juice Bar depan hotel
Waktu hari pertama, kami ambil pakej excursion dengan Kaani Tour. Sepatutnya ada pergi tengok dolphin, tapi dyorg tak pergi pun. Lepas lunch dekat sandbank terus balik ke hotel. Korang bayangkan, tengah panas terik dyorg berhenti dekat sandbank. Sandbank yang dyorg pergi pulak agak kotor ada sampah and rumput2. Payung yang disediakan pun tak cukup dengan jumlah tourist. Ramailah yang berjemur tengah panas sambil makan. Panas bukan biasa biasa punya 😂

So second day, kami repeat excursion yang ada dolphin. iCom bawa memang betul2 dekat Dolphin Lagoon. Puas hati. Sesiapa yang fast swimmer memang dapatlah berselfie sebelah dolphin. Tapi jangan risau, yang stay atas boat pun boleh tengok dolphin tu terbang flip ke udara. 

Selesai tengok dolphin, terus ke nurse shark area. Memang banyak shark. Yang putih ada, hitam pun ada. Semua gemuk gemuk. Dyorang akan campak tuna dari atas boat untuk pastikan yang orang tak turun snorkeling pun boleh tengok sekali. Yang bestnya, pakej ni dah include ambil gambar  atau video dengan shark menggunakan gopro. Waktu staff bagi makan shark, korang tak dibenarkan rapat dengan kawasan shark tu. Risiko tersalah ngap tu tinggi.

Dari atas bot dah nampak ikan besar besar yg banyak
Kemudian kami lunch dekat Fulidhoo Island (local island). Lunch bawah pokok ada kerusi. Sejuk berangin sepoi sepoi bahasa. Tak delah berjemur tengah panas terik. Naye betul. Waktu sampai Fulidhoo Island, kami disambut oleh sekumpulan stingray (ikan pari). Jadi jakun tengok ikan pari besar besar dok bersidai tepi pantai. Air pulak jernih. Excited tu terlebih sikit. 😄

Settle lunch, staff bawa pusing pusing Fulidhoo Island. Pulau ni belum direnovate sepenuhnya untuk pelancong. Jadi kalau compare dengan Maafushi, memang macam langit dengan bumi. Kemudian kami naik boat menuju ke sandbank. Lokasi sandbank yang iCom bawa tersangatlah beza dengan Kaani Tour. Sandbank cantik dan sesuai untuk bergambar dengan pasangan. Korang posing je, nanti staff dyorang akan snapkan. Jangan risau, staff iCom memang sempoi. Selesai bergambar, kami pun dibawa pulang ke hotel. 

Pada hari ketiga, kami decide untuk buat watersport. Encik suami nak main stand up paddle, jadi saya tukang ambil gambar. Untuk parasailing, dyorang akan bawa keliling Maafushi. Korang bolehlah tengok Maafushi dari atas.  Tempoh pusingan dalam 15 - 20 minit. Boleh tahan tinggi. Dulu waktu buat parasailing dekat Bali takdelah tinggi sangat. 😅 Tiba tiba terdetik rasa seram "what if tali putus and terjatuh terhempas ke laut". Terus cepat cepat positivekan diri perkara tu tak akan berlaku tanpa izinNya.

Selesai parasailing pukul 4.45 petang, terus menuju ke Crystal Sand Hotel untuk night fishing. Kalau ambil pakej ni, boleh tengok sunset sekali. Jadi tak perlu bayar mahal mahal untuk Sunset Cruise.

Kalau nak ambil pakej excursion, recommended ambil dekat iCom Excursion Center. Harga lebih murah dari Kaani Tours. Yang paling penting, iCom pergi ke semua tempat yang ada dalam list pakej.

Alhamdulilah, rasa bersyukur sangat yang akhirnya dapat juga pergi Maldives 💞 So memang worth it untuk korang pergi. 

You May Also Like

0 comments