Beli No Plat Kereta Sendiri

by - May 25, 2019

Recently aku and husband beli kereta. Alang-alang dah beli kereta , mestilah berangan nak pakai no plat best jugak.

Minta senarai harga no plat dekat sales assistant semua harga mostly 3 ribu ke atas. Fikir fikir balik, dah dapat bayar installment kereta sebulan dengan harga macam tu.

So aku pun menjalankan misi google mengoogle. Sekarang ni orang awam dah boleh beli no plat sendiri atas talian. Senang, mudah dan jimat.

Langkah-langkahnya:

1) Pergi JPJ yang berdekatan. Waktu dekat kaunter pertanyaan, cakap nak daftar online beli no plat. Nanti pegawai tu akan bagitahu kaunter atau pintu mana yang korang patut pergi.

Macam kitorang pergi JPJ Padang Jawa Shah Alam. Untuk daftar online, pegawai suruh ke Pintu 2. Nanti waktu daftar, pegawai JPJ minta ic dan scan cap jari. Selesai daftar online, korang dah boleh login dan start usha nombor-nombor yang available untuk korang beli.

2) Untuk memudahkan urusan cari nombor yang available, korang tgk dulu latest running nombor sekarang ni berapa. Buka website ni : JPJ Latest Running Number



Dekat kawasan negeri tu korang pilihlah korang nak tengok nombor negeri mana. Kalau Kuala Lumpur, pilih Kuala Lumpur. Masukkan kod sekuriti dan tekan semak. Result akan keluar serta merta.

ni contoh latest number KL
So latest nombor KL ialah VDF 2942. Jadi, nombor 2942 ke bawah korang dah tak boleh beli sebab semua nombor tu dah berpunya.

Sekarang barulah korang buka website untuk beli nombor atas talian. 

Kalau korang perasan, dekat bahagian bawah tu ada tulis "Untuk beli nombor, sila klik di sini". Nak mudah, klik je tulisan oren tu and di akan direct ke website page beli nombor. 



Inilah website yang korang pergi daftar login id dekat JPJ tadi tu. Kalau tak daftar dekat JPJ memang tak boleh nak login and proceed order.

Settle login, pergi dekat kenderaan dan pilih bahagian bawah yang tulis "tempahan no. pendaftaran".


Lepastu, pilih negeri, nombor awalan, dan julat. Julat nombor tu setiap pertambahan 50. Contoh sekarang ni latest nombor KL VDF 2942. Jadi julat nombor boleh start dengan 2950 - 3000.

isi julat dalam pertambahan 50. 

Ni senarai nombor dalam julat yang still available lagi.


Kalau tak nak guna julat, boleh pilih option lagi satu iaitu nombor. Kalau pilih nombor, korang terus key in nombor yang korang nak. Kalau ada, dia akan appear. Kalau tak, memang nombor tu dah sold out. 

Dah jumpa nombor yang korang berkenan, pilih dan proceed ke pembayaran. Total harga hanyalah RM210 sahaja. Beri resit ni dekat sales assistant yang korang beli kereta tadi untuk proceed ke step yang berikutnya. 

Maka korang dapatlah nombor idaman korang.

Untuk nombor 2 angka biasa memang kena bida. Yang beli online biasa start dari 3 angka.

Ni tips dari aku, kalau sekarang ni running nombor 4 angka dan korang nak pakai 3 angka je. Korang tunggu nombor siri awalan yang baru. 

Contoh, selesai je VDF 9999 habis, siri baru VDG akan dibuka. Time ni nombor 3 angka banyak yang available. Tapi korang kena standby depan laptop awal awal especially nombor KL sbb nombor KL paling cepat sold out. Tahu2 dah naik ke 4 angka.

So alhamdulilah, aku dapat jugak nombor yang aku target nak beli iaitu 805 = BOS setelah dok monitor nombor hari hari bila siri baru nak buka 😂. Nombor 3 angka macam 818, 919 dan sebagainya memang awal awal dah lesap.

You May Also Like

0 comments