Exam PTD M41

by - July 10, 2019

Untuk jawatan PTD, tak dinafikan memang ramai yang apply. Jadi nak tapis candidate yang betul betul layak, kena lalui pelabagai saringan.

Saringan pertama ialah exam online.

Exam online ni ada 3 bahagian. Boleh refer gambar bawah pecahannya.

Untuk Part A : Pengetahuan AM - Korang banyakkan membaca tentang fungsi fungsi jabatan kerajaan, peranan YDPA, institusi raja, dasar dasar negara, sukan, kesihatan, dan apa sahaja yang berkaitan dengan Malaysia. Google je info info ni. Jujur aku cakap, tak payah beli e-book online yang khas untuk exam PTD ni. MEMBAZIR. Banyak topik dyorang tak cover.

Prepare dengan membaca. Mesti dalam hati korang cakap, "tak pe, waktu exam nanti aku Google je jawapan."  Tapi perlu diingatkan. Masa tersangatlah singkat. Belum termasuk website kerajaan yang korang google tu hang lagi. Memang buang masa je. Atleast kalau dah baca sikit sikit tak de lah kalut sangat.

Part B - Daya Menyelesaikan Masalah : Dalam banyak banyak bahagian, aku rasa part ni paling mencabar. Rasa MASA macam singkat gila. Disebabkan dah lama aku tak main kira-kira, aku p beli buku latihan matematik tingkatan 4 and 5 sebelum exam. Cari balik cara kita luas apa semua 😂Almaklumlah, otak dah karat.

Untuk part ni, tipsnya ialah korang google keyword ptd di Facebook, nanti macam macam keluar termasuklah contoh contoh soalan yang sebelum ni. Soalan matematik tak lari jauh sangat dengan exam sebelum sebelum ni. Familiarkan dengan formula dan soalan. InsyaAllah boleh buat.

Part C - Kefahaman Bahasa Inggeris : Part ni kacang sikit dari part A dan B. Soalan semua based on text yang dyorg bagi. Macam soalan SPM. Agak agak kalau ada idiom yang aneh aneh tak pernah dengar, korang google dulu fahamkan maksud. Pastu tengok kesesuaian dengan text.

So good luck untuk sesiapa yang akan ambil exam PTD.

Oh yaa, alhamdulilah aku lulus untuk exam ni. Dah lulus barulah aku berani share kat blog. Hehe.

You May Also Like

0 comments