Pek Misteri Di Mana? #MAMEE

by - August 08, 2019

Scroll scroll instagram tiba tiba nampak satu post yang Mamee keluarkan edisi khas Mamee Ghost Pepper. Warna HITAM kot mamee tu. Curious sungguh aku apalah rasanya. Orang kata pedas giler. Nama pun Mamee Ghost Pepper. Mungkin lepas makan, terus arwah maka jadilah hantu 😂

Perisa Mamee Ghost Pepper tak boleh beli direct. Dia pek misteri yang duduk dalam mana mana family pack perisa lain. Kalau dapat, rezeki. Tak dapat, cuba lagi.

Waktu pergi Speedmart, ternampak Mamee.

Belek punya belek plastik family pack tu, ternampak bungkusan gelap dalam tu. Maka tahulah aku bahawa yang Mamee Ghost Pepper ada dalam tu. Mih mih mih.

Rasa Mamee ni? Fuhhh, sedap giler. Rasa macam makan ayam mcdonalds 3x extra spicy. Kanak-kanak tak sesuai makan. Takut cirit birit.

Makan mamee ni, memang tak payah letak serbuk perisa dah. Memang dah ngam dan padu rasanya.

Sedap sedap sedap.

Sesiapa yang hantu Mamee macam aku ni, bolehlah hunting benda ni 😆

You May Also Like

0 comments