BBQ LAMB KEMENSAH
Kalau korang suka nature, tapi dalam pada masa yang sama, suka makan juga, Bbq Lamb Kemensah memang perfect combo. Padu padu padu... Nature dapat, makanan pun dapat. Apalagi yang korang mahu 😜
Cuti panjang sempena perlantikan YDPA, jadi ada masa untuk jalan-jalan. Kebetulan pula hari Isnin, syok sikit nak berjalan sebab tak ramai orang.
Kedai makan ni start pukul 12 tengah hari. Kami orang pertama yang sampai dekat kedai ni sebab ngam ngam pukul 12 dah terpacak depan kedai 😀Sampai awal jadi tak de isu susah nak parking.
Operation Hours |
List of Menu |
Untuk dessert pula, puding dan buah tembikai. Air ice lemon tea freeflow. Tapi disebabkan ktorang duduk bahagian atas, dapat satu jug air terus sebab bekas air untuk freelow dyorang letak dekat bahagian bawah tepi tangga.
Set Couple Mix Meat |
Desserts |
Korang boleh pilih sama ada nak duduk bahagian atas atau direct duduk dalam sungai.
Disebabkan aku sampai tengahari, aku pilih duduk kat bahagian atas sebab ada bumbung. Plus, bahagian belakang ada mini air terjun. Fefeling gitu sambil makan dengar deruman air terjun.
Seat bahagian atas |
Air terjun mini |
Yang ni bahagian bawah. Lepas pukul 12.30 tengahari, makin ramai yang datang. Almost full house. Ramai juga tourist. Sila lipat seluar kalau tak nak basah 😁
Titi bahagian belakang yang menghubungkan dua tempat |
Fish spa |
So aku enjoylah pergi sini. Recommended untuk santai santai dengan family. Selamat mencuba.
0 comments