PTD: Punca Semangat Nasionalisme Semakin Luntur
Definisi Nasionalisme: 1 perasaan cinta pd negara dan bangsa sendiri. 2 pergerakan membebaskan negara atau ekonomi drpd cengkaman kuasa asing.
Pendahuluan:
Nasionalisme memperlihat sikap mental dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk terhadap kesetiaan atau pengabadian terhadap bangsa dan negara. Semangat nasionalisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana remaja merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era pascamodenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan. Kita perlu sedar segala apa yang kita nikmati sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat nasionalisme semakin kurang penghayatan khususnya golongan remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada lunturnya semangat dan penghayatan nasionalisme dalam masyarakat dewasa ini.
Punca-punca:
Mementingkan Diri Sendiri
Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Walhal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan nasionalisme kian pudar dalam kalangan masyarakat.Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat nasionalisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan
Tiada Perasaan Cinta akan Negara
Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat nasionalisme. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita seharusnya bersyukur dapat hidup aman damai atas pengorbanan dan jasa golongan terdahulu. Semangat nasionalisme, cintaakan negara perlu ada dalam segenap masyarakat kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.
Terpengaruh dengan Budaya Barat
Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita. Mereka tidak lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahan darah, sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka. Mereka terikut-ikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti yang lain yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat nasionalisme terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat kerana menganggap mereka perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat nasionalisme kian pudardan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri.
Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan
Generasi kini kurang menghayati semangat nasionalisme kerana mereka tidak merasai kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan. Masyarakat tidak mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu. Malaysia kita yang aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan. Tokoh-tokoh tempatan kurang dikenali di kalangan masyarakat walaupun telah banyak berjasa kepada negara. Pihak kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Leka dengan Lambakan Hiburan
Di era serba moden dan canggih ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Berhibur tidak menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga batas-batas dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan banyak mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja terbabit dengan pelbagai aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat nasionalisme semakin luntur dalam diri mereka. Generasi muda sewajarnya lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Pihak berwajib, kerajaan dan juga swasta seharusnya berkerjasama antara satu sama lain untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, seperti kuiz kenegaraan, syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-susaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih menghayati dan memahami semangat nasionalisme. Sebagai pendukung masa depan negara, generasi muda yang terdiri daripada golongan remaja seharusnya menanam semangat nasionalisme dalam diri dan lebih memahami erti agar dapat mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia.
Nasionalisme Berasaskan Kaum
Malaysia umum mengetahui terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Secara kasarnya Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya bukan menjadi faktor dalam mencapai kesepakatan dan perpaduan. Semangat nasionalisme ini haruslah berasaskan kepada semangat setia dan cinta akan negara. Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi penghalang kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Kita seharusnya berbangga kerana walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan agama, kita masih hidup dalam keadaan aman dan damai. Dengan memahami dan menghayati semangat nasionalisme, hubungan sesama kaum akan lebih erat, dapat mennyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan perpaduan
Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet
Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media cetak, media massa, dan juga internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca bahkan melalui media cetak, media massa mahupun blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman teknologi yang berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan martabat negara, dan memecahbelahkan kaum. Mereka membuat fitnah dengan sewenang-wenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan undang-undang dan mengawal hal ini supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka.
Media massa dan media cetak juga seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai rakyat, kita berhak mendapatkan informasi yang benar. Media cetak dan media massa juga seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan sejarah negara kita, bukan hanya setakat memberi liputan berkenaan hal dan isu semasa sahaja. Pembacaan secara tidak langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan membangkit semangat nasionalisme dalam segenap masyarakat di Malaysi
0 comments