Pencapaian 1 Tahun Ketua Setiausaha Negara

by - November 04, 2019

Bismillah.

Kebiasaanya, jarak keputusan UKJK dengan PAC tak jauh, jadi langkah terbaik ialah untuk baca ringkasan kejayaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan cari contoh-contoh isu semasa untuk persediaan pac.

Kaitkan dasar-dasar yang berkaitan dengan topik karangan atau pengucapan awam yang korang dapat. Ia akan menunjukkan korang "aware" dengan tindakan kerajaan dalam menangani sesuatu isu.

Baru nampak matang dan bijak.

Walaupun tajuk topik korang dapat agak umum, seboleh-bolehnya kaitkan sedikit dengan dasar-dasar atau inisiatif kerajaan. InsyaAllah boleh lulus PAC dengan cemerlang.

Contoh soalan dan jawapan saya semasa PAC PTD 2019:

1) Karangan Bahasa Melayu

Topik: Kesan Sosial Media Kepada Masyarakat

a) Masyarakat boleh berhubung secara langsung dengan kerajaan melalui sosial media

Contoh: Setiap kementerian/jabatan/agensi mempunyai sosial akaun tersendiri seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Contoh isu semasa: Video sebuah kedai makan yang tular membasuh pinggan mangkuk menggunakan air kelopak di belakang kedai  (restoran makanan daun pisang di Bangsar di Kuala Lumpur, Raj’s Banana Leaf) membolehkan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menggunakan akaun Twitter untuk mengemaskini laporan trafik. Memudahkan rakyat mengetahui status kesesakan jalan raya terkini.
b) Masyarakat/Industri kecil sederhana (SME) boleh menggunakan media sosial untuk menambah pendapatan dan memperbesarkan perniagaan

Golongan belia/suri rumahtangga membuat jualan atas talian menggunakan Instagram, Facebook dan Twitter. Meningkatan pendapatan diri dan keluarga.
SME boleh memasarkan produk dengan lebih meluas. Contoh: Dulu hanya di kawasan sekitar, tetapi dengan adanya media sosial boleh menjual produk-produk seperti kerepek dll kepada pasaran luar.

Itu ialah contoh sebahagian karangan yang saya tulis. Untuk karangan, pastikan ada pendahuluan, 3 point penting dan penutup.


You May Also Like

0 comments