Magical Pavlova by Sugarcandy

by - April 17, 2020

Waktu PKP ni, handphone memang tak berpisah dekat tangan. Ya Allah, keras juga duduk rumah lama lama tak boleh keluar 😅Dok leka main instagram, ternampak Neelofa post dekat ig story video pavlova. Cantik sangat designnya. Terus lelaju bukan ig seller tu : Sugarcandymy.

Macam biasa, stalk sat. Sekali ternampak admin post contest tag & menang dapat Magical Pavlova tu. Excited terus join.




Selepas 4 hari, admin umum pemenang dekat live story. Nervous walaupun contest online je sebab ada lebih kurang 1.5k comments. Hahahaha. Ibarat macam, kalau ada nasib baru menang sebab hanya 1 pemenang sahaja yang dipilih.

Tup tup..... eh eh, that my name! Alhamdulilah. Dapat juga Pavlova kebabom cantik ni 😍




Pavlova ni serius sedap. Tak manis sangat. Just niceeeeee! Dah lah sedap, dapat free bertambah tambahlah sedap 😆Thank you so much Sugarcandymy.

Harga Magical Pavlova ialah RM110. Dengan rasa dan size yang besar macam ni, berbaloi baloi.

In case korang nak beli dan teringin nak pergi Cafe Sugarcandy ni lepas PKP, ni alamat cafe tersebut:

Sugarcandy
21-3, jalan Maju Ria 2, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Zaman dah canggih. Kalau jauh, boleh order via Foodpanda, Grab or LalaMove. Settle! 

Happy food hunting. Mari gemuk bersama.
xoxo




You May Also Like

0 comments