Ramelau, Timor Leste

by - November 28, 2016

Bismillah.

Trip nak hiking ke Gunung Ramelau memang so sudden. Kawan-kawan cadang untuk ke sana sejurus selepas internal meeting staff. Idea yang menarik sebab hujung minggu memang free :). Isnin pula public holiday. Wehuu~

Perjalanan dari Suai ke hotel yang akan kami tidur di Ramelau mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Walaupun agak jauh, tapi berbaloi sebab dapat tengok pemandangan yang cantik. Semua staff Malaysia join program ni. Pekerja local (Timor Leste) je yang kami tak ajak sebab tujuan untuk ke Gunung Ramelau ni indirectly untuk mengukuhkan "family bonding" antara satu sama lain.

Hotel yang kami tinggal ialah di Ovalido Garden Hotel & Restaurant. Harga sangat berpatutan dengan service yang disediakan. USD35/room. Untuk yang pergi dalam kumpulan, sangat worth it untuk masak sebab ada dapur dan dewan makan. Semua peralatan lengkap dari segi pinggan mangkuk, periuk nasi, kuali dll. Cuma kami bawa sendiri sebab faktor yang tak dapat dielakkan. Hehe. Sebab dyorg makan "oink oink". Hotel ni sangat selesa dengan bantal yang fluffy dan kat sini sejuk ala-ala Bukit Tinggi. Rasanya, lagi sejuk kot.

Depan pintu masuk hotel
Prepare dinner di dapur hotel

Dewan makan hotel

Perjalanan trip hiking kami bermula jam 2.30 pagi. Jalan nak ke atas sangat mencabar. Nasib baik naik four wheel. Mengambil masa lebih kurang 15 minit dari hotel untuk tiba ke pintu masuk Gunung Ramelau. Sampai di puncak jam 5.20 pagi. Kami semua solat subuh sebelum ke patung Virgin Mary untuk bergambar dan menikmati pemandangan matahari terbit. SubhanaAllah. Cantik sangat. Segala penat lelah daki gunung rasa sangat berbaloi.

Sunrise. Cantikkan :)

Bergambar bersama trip hiking lain
Di puncak gunung.

Depan pintu gerbang Gunung Ramelau. Mision accomplished !

Best ! Korang patut pergi ke sini kalau ke Timor Leste. Sebenarnya banyak lagi gambar menarik. Tapi tak dapat nak upload dekat sini :)

You May Also Like

0 comments