Visa Pelancong & Bekerja di UK

by - December 06, 2016

Bismillah.

Saya terima email dari pembaca blog ini mengenai visa untuk bekerja di UK. Berikut ialah soalan dari beliau dan jawapan saya yang saya balas di email.  Saya sertakan untuk pembaca di sini juga.


Soalan 1: Kalau kita guna standard visitor visa, boleh tak nk apply NI number tu?

Jawapan:

Sebelum kita berbicara lanjut mengenai  NI Number, kita haruslah jelas apakah yang dimaksudkan dengan “Standard Visitor Visa”. Biasa kita sebut Visa pelancong je dalam kata mudah.

Standard visitor visa boleh di apply jika ingin datang ke UK bagi tujuan berikut:
  • untuk masa lapang, contohnya pada hari cuti atau untuk melihat keluarga dan rakan-rakan
  • untuk perniagaan, atau untuk mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti kreatif
  • sebab-sebab lain, contohnya untuk menerima rawatan perubatan swasta

Standard visitor visa juga ada pantang larangannya. Sama juga seperti negara negara lain. Berikut ialah Do and Don’t bagi standard visitor visa:

You can:
  • take part in any of the business-related activities mentioned in the Visitor Rules
  • study for up to 30 days, as long as it’s not the main reason for your visit
  • take part in an exchange programme or educational visit (if you’re under 18)
  • convert your civil partnership into a marriage

You can’t:
  • do paid or unpaid work
  • live in the UK for long periods of time through frequent visits
  • get public funds
  • marry or register a civil partnership, or give notice of marriage or civil partnership


Jika kita lihat pada senarai yang tertera, apa yang tidak boleh dilakukan oleh pemegang  standard visitor visa ialah do paid or unpaid work.

Standard visitor visa akan dicop oleh Pegawai Immigration UK di passport kita sebaik shaja kita tiba di airport UK di mana jangka hayat visa tersebut ialah selama 6 bulan. Bukan itu sahaja, stamp tersebut juga menyatakan “Employment and recourse to public funds prohibited”.

Saya lampirkan contoh standard visitor visa saya waktu ke UK pada bulan Mei 2016 di mana saya turun di Airport Bristol. Visa Tier-four Dependent saya sudah pun expired sebab husband sudah pun tamatkan pengajian. Jadi saya pergi melancong ke UK mengunakan visa pelancong biasa sahaja








.












National Insurance Number
Okay, sekarang kita fokus pula kepada cara untuk memohon NI Number dan syarat-syaratnya.

NI Number diuruskan oleh Jobcentre Plus UK. Selepas anda menghantar borang permohonan, mereka akan mengeluarkan satu surat untuk anda menghadiri sesi interview dan antara soalan wajib yang ditanya ialah: “Why you need a National Insurance number?”

The letter will also tell you which documents to bring to prove your identity, eg:
  • passport or identity card
  • residence permit
  • birth or adoption certificate
  • marriage or civil partnership certificate
  • driving licence
Sumber: https://www.gov.uk/apply-national-insurance-number
             : Experience diri saya sendiri

Antara tujuan utama kita perlu bawa passport ialah untuk mereka lihat sama ada kita layak untuk bekerja di UK atau tidak. Jika kita mengunakan Standard visitor visa, peratus untuk permohonan NI number ditolak ialah 99.99% atas sebab yang saya senaraikan pada permulaan cerita.


Bekerja tanpa NI number?





Majikan di UK sangat takut untuk ambil pekerja yang tidak layak bekerja di UK kerana penalti atau saman yang dikenakan oleh kerajaan UK sangat tinggi dan berisiko untuk dipenjarakan.





Kalau kita tengok rancangan 999 di TV3, biasa mereka adakan rush di pusat pusat hiburan ataupun di rumah urut. Kesalahan yang paling kerap di highlight oleh pengulas rancangan tersebut ialah “mereka didapati bersalah kerana bekerja mengunakan visa pelancong”.

Kesimpulannya, untuk apply NI number mengunakan standard visitor visa amatlah tidak digalakan kerana jelas tidak memenuhi syarat yang diperlukan.


Soalan 2: Kawasan area UK yang mana living cost tak mahal sgt?

Jawapan:

Dulu saya menetap di Cardiff, Wales. Cost sewa rumah murah sedikit berbanding di Kota London. Cost living di London sama seperti kita tinggal di Kuala Lumpur di mana kadar sewa rumah agak mahal. In fact, harga sewa satu bilik di London boleh sewa flat di Cardiff. Bestnya di UK ialah makanan yang sihat dan berkhasiat seperti buah buahan dan sayuran dijual pada harga yang rendah manakala makanan ringan seperti snacks, candies etc sangatlah mahal. Mungkin strategi kerajaan mereka untuk mengalakkan makanan sihat.Terdapat  kedai Poundland di mana semua barangan dijual pada harga 1 pound. Merangkumi pelbagai barangan dan makanan.

Kesimpulannya, tinggal di kawasan selain London insyaAllah cost living tak mahal sangat.

Soalan 3: Rumah / accomodation website / person yang boleh dapatkan murah dan berpatutan?

Jawapan:

Di UK, website untuk mencari rumah sangatlah banyak. Kebiasaannya, harga yang ditawarkan plus minus hampir sama shaja. Hanya lokasi rumah dan facilities yang ditawarkan yang membezakan harga sewa rumah tersebut.
Cara yang terbaik, anda tahu lokasi yang anda ingin menetap dahulu, kemudian baru anda google rumah sewa di kawasan tersebut.

Semoga saya dapat menjawab soalan yang dikemukakan. 

You May Also Like

0 comments