Save your time and money with HappyFresh

by - November 20, 2017

Zaman sekarang, zaman mudah. Semua dihujung jari. Kalau dulu, biasa kita akan shopping online untuk barang makeup, pakaian dan barangan elektrik. Sekarang, barang untuk masak pun dah boleh order online.

Jimat masa, tenaga dan duit kerana kita beli apa yang sepatutnya sahaja berbanding pusing di dalam mall dan "terambil" barangan yang kita tidak perlu beli. Tidak perlu pening pening cari parking kereta. I dont like "search parking activity". Hahaha.

Selain tesco, grocery delivery lain yang kita boleh gunakan ialah HappyFresh. So far, saya dah gunakan service HappyFresh sebanyak tiga kali dan sangat berpuas hati. Tertarik nak cuba sebab logo HappyFresh sangat cute! First impression tu penting :D



HappyFresh cover area KL, Petaling Jaya, Subang, Puchong dan Setia Alam. Antara supermarket yang HappyFresh pergi ialah Tesco, Aeon Big, Jasons Food Hall, Village Grocer and BMS Organics.

Korang boleh pergi ke website HappyFresh or download apps HappyFresh di apple store or Google Play Store terlebih dahulu untuk cek mereka cover supermarket mana dekat kawasan korang. Slot penghantaran ialah setiap satu jam.

Biasanya, jika mereka terlewat hantar dari waktu yang ditetapkan,  personal shopper akan inform customer dan "token" akan diberikan. "Token" tersebut sebagai tanda terima kasih kerana customer boleh bersabar atas kelewatan penghantaran. Antara token yang saya pernah terima ialah discount 20% untuk pembelian berikutnya. Marketing plan yang sangat bijak untuk pastikan customers keep repeat using their service.

Jika Tesco delivery, slot penghantaran selalu penuh. Kadang-kadang kena book 2 hari sebelum penghantaran -,- . Luckily, HappyFresh slot hampir sentiasa available walaupun waktu pagi baru nak booking slot untuk penghantaran pada hari yang sama.

So, selamat mencuba HappyFresh :) Just sharing for additional info for those yang cari grocery delivery.

You May Also Like

0 comments