Resepi Cream Puff Sedap

by - November 20, 2017

Bahan-bahan puff:
500 ml air
200gm butter
250gm tepung
6 biji telur
Bahan untuk inti kastard:
70gm tepung kastard ( boleh tambah 20gm jika nk inti pekat)
10 sb gula
14gm butter
3 cawan air
1 biji telur
Cara-caranya: 
Masukkan air dan butter ke dalam kuali @ periuk, bila butter cair tutup api.
Masukkan tepung gaul hingga menjadi doh dan pasang api semula hingga wujud kerak nipis di tepi periuk, sejukkan
masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati @ sehingga adunan berkilat dan licin
(nak guna mixer pun boleh).
Masukkan ke dalam piping bag dan nozel bintang dan paipkan atas dulang yang telah di sapu mentega.
Boleh juga gunakan sudu sahaja.
bakar pada suhu 200c 15 minit pertama dan turunkan suhu 170c 15 minit kedua hingga cream puff kekuningan @ masak.
Cara membuat filling kastard:
Larutkan tepung dalam air dan masak atas api besama bahan lain
masak hingga adunan pekat.
bila cream puff siap di masak lubangkan sedikit cream puff dan paipkan inti ke dlm cream puff.
boleh juga potong separuh dan letak inti menggunakan sudu.
taburkan gula aising di atas cream puff.

Jika korang jenis cepat belajar through video, ni link yang korang boleh tengok: Video Cream Puff
Mudah je kan, tapi kena banyak kali buat..Kalau berjaya buat pertama kalinya, alhamdulillah. Jika x menjadi boleh cuba lagi.
Selamat mencuba.

You May Also Like

0 comments