Faktor Pemilihan Tarikh Umrah

by - June 05, 2018

Bismillah.

Konsep nak pergi ke umrah sangat mudah. You have money, then go. Tidak seperti ingin pergi menunaikan haji, perlu menunggu giliran yang agak lama.

Kami decide nak pergi umrah dalam tempoh sebulan berbincang. Sebelum ni memang ada niat nak pergi, tapi belum ada exact date. So bulan Januari kami baru ada kata sepakat bila tarikh yang sesuai untuk pergi. Korang kena consider beberapa faktor sebelum decide. Antaranya:

  • Tarikh period
  • Balance annual leave dan pelepasan cuti
  • Suhu di Makkah & Madinah
  • Mahram 
Selepas faktor-faktor di atas selesai dipertimbangkan, korang boleh pergi umrah dengan tenang dan fokus pada amal ibadah sahaja. 

Kalau korang pergi dalam kelompok kecil atau hanya pergi berdua bersama suami, saya sarankan agar pergi selepas period. Badan kita dah bersih suci. Nak buat amal ibadat pun mudah. Tidak perlu makan pil untuk cegah datang bulan. Sesetengah pakej umrah ada lawatan luar seperti melawat museum, ladang kurma dll. Sangatlah rugi jika terlepas untuk join disebabkan sakit perut atau senggugut.

Faktor cuti juga memainkan peranan. Jika kurang baki tahunan, korang kena arrange bila tarikh yang sesuai untuk korang start naik flight. Try and error dari satu tarikh ke tarikh yang lain. Pilih tarikh yang korang start nak cuti tak kena unpaid leave banyak sangat. Biasanya umrah 12 hari 10 malam. Bergantung kepada pakej yang ditawarkan travel agency.

Then, disebabkan Makkah dan Madinah ada musim panas dan musim sejuk, faktor ni pun kena consider juga. Choose the best weather yang suit dengan body korang. Saya pergi pada hujung bulan March hingga awal bulan April. Tengah perubahan dari musim sejuk ke musim panas. Suhu mencecah sehingga 41 darjah celcius. Boleh tahan panasnya. Memang kena banyakkan minum air. If pergi musim sejuk, standby pakaian yang bersesuaian.

Untuk pergi memunaikan umrah, orang perempuan yang bawah umur 45 tahun diwajibkan untuk bawa mahram bersama. Ini ialah syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Saudi. Walaupun dah keluar Berita Harian yang umur 25 tahun ke atas jika nak masuk Arab Saudi tak perlu mahram, tapi belum dilaksanakan lagi. Travel agency still minta salinan sijil nikah jika pergi bersama suami dan dokumen yang berkaitan.

You May Also Like

0 comments