Pengambilan Dos Vitamin C

by - August 28, 2018

Dos rendah atau dos tinggi lebih baik?


Tahukah anda pengambilan vitamin c secara oral dengan dos yang tinggi tidak memberi manfaat tambahan kerana kadar resapan oleh tubuh adalah tepu sekitar 400mg.

Kadar resapan tubuh vitamin c berkurangan dengan bertambahnya dos yang diambil secara oral. 
Sebenarnya dos sebanyak 200mg sudah mencukupi. Saranan Pengambilan Nutrients-Malaysia (RNI) dalam kalangan individu dewasa untuk vitamin c adalah 70mg/sehari sahaja.
Keperluan sebanyak ini (200mg) boleh diperolehi melalui sumber sayur-sayuran dan buah-buahan. Saranan 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sehari boleh mencapai keperluan ini (3 sajian sayur + 2 sajian buah).


Serapan tubuh jika vitamin c diambil secara oral adalah sekitar 69%.

Manakala dos ~1000mg sehari pula adalah tinggi dan boleh menyebabkan seseorang itu alami kesan adverse atau kesan sampingan.
Maka ambil dos vitamin c mengikut dos yang telah disarankan.

Ambil dos tinggi atau lebih pun tiada guna nya kerana ia tidak/kurang diserap oleh tubuh dan dibuang sahaja ke dalam urine (air kencing) anda. 100-200mg sehari (diambil secara pecahan dos) sudah mencukupi.
Pegawai Farmasi
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

You May Also Like

0 comments