Lavender Farm, Cameron Highland

by - September 20, 2018

Bulan September tahun ni banyak public holiday. Jadi kami decide untuk pergi ke Cameron Highland untuk short vacation.

Lavender Farm salah satu attraction yang boleh korang visit bila dah sampai Cameron. Kalau naik dari Simpang Pulai, Lavender Farm antara attraction awal yang korang akan jumpa dulu.

Entrance fee: RM10 (adult), RM7 (kids)
Operation hours: Mon - Thurs (9am - 6pm) | Fri - Sun (9am -7pm)

Tempat ni sesuai untuk bergambar. Warna pokok lavender yang ditanam sangat cantik untuk berswafoto. Dekat sini juga korang boleh cuba ice cream lavender yang berharga RM6. Sesetengah orang tak suka. Ice cream lavender bau wangi, rasa ala ala ice cream keladi. Main stream photo of course ice cream lavender berlatarbelakangkan pokok lavender. 



Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini selain bergambar ialah self pick strawberry. Actually dekat Cameron Highland tempat untuk self pick strawberry sangatlah banyak. Jadi korang kena pilih yang paling berbaloi harganya.




Kalau tak nak self pick, boleh beli strawberry yang sudah siap di pack. Strawberry size besar 3 bekas berharga RM25. Jangan bandingkan rasa strawberry dekat oversea yang manis sebab kebanyakkan strawberry Cameron agak sedikit masam. Rendahkan expection anda :D Dip dengan cairan coklat untuk balancekan rasa masam tersebut.




Lavender farm juga menyediakan cafe di bahagian atas. Jadi para pengunjung bolehlah alas perut dan bersantai di situ sebelum ke destinasi berikutnya. Di sini juga ada Love Lock kalau korang nak abadikan simbol kasih sayang korang :D




Terdapat juga beberapa spot untuk mengambil gambar. Hanya perlu tunggu seketika jika ramai orang.
















Sebelum balik, kalau nak beli souvenir, pelbagai pilihan ada dekat bahagian sebelum exit. Semua cantik. Rambang mata dibuatnya.




So far pengalaman manis bagi saya dapat melihat keindahan taman yang disusun atur dengan cantik. Tapi memadailah jika sudah pergi sekali. Untuk pergi kali kedua, mungkin kena tunggu new renovation atau perubahan landskap. Sebab motif utama datang sini hanyalah untuk bergambar.

Berdasarkan review pengunjung dari pelbagai website, pokok Lavender yang ditanam ialah Lavender Cameron Highland di mana ia tidak menghasilkan bau wangi seperti lavender di negara luar.

Wallahualam.

You May Also Like

0 comments