Big Red Strawberry Farm, Cameron

by - September 20, 2018

Pukul 8 pagi ktorang dah sampai dekat Big Red Strawberry Farm and merupakan pengunjung pertama yang tiba. Pergi awal sebab nak tengok pemandangan dan sarapan sekali sebelum ke destinasi berikutnya; Mossy Forest dan Ladang Teh Sg Palas.

In fact, untuk tempat-tempat yang akan ramai pengunjung datang, digalakkan tiba awal. Jadi kita bolehlah bergambar tanpa perlu bersesak sesak. Cari parking pun mudah.

Operation hours: Daily 8.00am - 6.00pm
Cafe: 9.00am 

Big Red Strawberry Farm perlu naik sedikit ke atas dan lokasinya betul betul di belakang Cactus Valley. Jangan risau, naik je kereta terus ke atas sebab banyak parking di situ walaupun lorong nak naik ke atas tu seakan akan lorong pejalan kaki.



Dengan suhu yang dingin, sarapan pagi dengan air panas dan strawberry cheese cake membuatkan hari anda terasa sempurna 😍





Selepas bersarapan, bolehlah tinjau tanaman segar disekeliling. Yang bestnya, kawasan ladang ni berbumbung. Jadi tak terdedah dengan panas matahari. Pelbagai tanaman yang ada di sini termasuklah sayur sayuran, bunga, cactus dan strawberry.














Tempat yang korang patut singgah bila dah berada di Cameron :) Puas hati. Dah lah masuk percuma. Sebelum balik, korang boleh beli pelbagai jenis bunga, cactus, sayur dan self pick strawberry dengan harga yang berpatutan.



You May Also Like

0 comments