2: UKJK PTD M41

by - July 10, 2019

Setelah sebulan berlalu, maka keluarlah result exam online PTD.

Please alert dengan email korang.

Ini contoh email yang menunjukkan sama ada korang lulus dan layak ke saringan berikutnya (UKJK) atau gagal.



Calon ada masa dalam 2 minggu untuk prepare mental dan physical ke Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Sempatlah korang exercise dan practice.


Antara perkara yang perlu dilakukan oleh calon semasa UKJK ialah:









1) BMI 19 -29 :

Jangan percaya bila orang cakap underweight/overweight kena balik dan tak dapat teruskan ujian. Korang datang je tempat ujian tu. Jangan mengalah sebelum bertanding 😊

So far sepanjang dekat tempat UKJK yang aku lalui, tak de langsung calon yang kena balik disebabkan isu ni. So sit back and relax.

2) Ujian Gengaman Tangan

Device yang digunakan boleh adjust ikut kesesuaian tangan. Kalau boleh, grip pada kedudukan yang selesa. Untuk test ni, ada dua kali percubaan. Pegawai KBS akan ambil markah yang tertinggi.


3) Ujian Bangkit Tubi (Curl Up)

Untuk ujian ni, dalam masa 1 minit, korang kena buat dalam jumlah yang terbaik as much as u can. Hanya sekali percubaan sahaja. Semasa bangkit tubi, apa yang penting ialah kaki tidak terangkat, dan tapak tangan seret ke lantai. Jangan terangkat ye. Once terangkat, untuk curl up tu tidak dikira. Jarak antara dua garisan tu ialah 4 inci. Jangan risau. InsyaAllah boleh buat punya. Berlatih siap siap dekat rumah.

Waktu curl up tu kepala tak perlu jejak ke lantai. Yang penting turun sikit je time tapak tangan undur ke garisan pertama.

4) Ujian Duduk dan Jangkau

Ujian ni untuk tengok tahap kelenturan badan. Yang ni kalau jenis badan keras, sila practice seawal mungkin. Dalam banyak banyak ujian, part ni aku rasa boleh tahan juga susahnya. Aku dapat buat 32cm je 😂 Ni sebab last minute practice.



5) Larian ulang alik 20m (Beep Test)

Korang rerajinlah jogging di petang hari. Memang perlukan stamina yang kuat untuk test ni. Dari satu check point ke lagi satu ialah 20m. Aku berjaya buat Level 3 Shutter 1 je. Pastu betis aku sakit dah. 😅



Please jaga makan sebelum ke ujian UKJK. Kadar denyutan nadi effected kalau korang minum caffeine. Semasa nak tunggu ujian ni start, korang chill chill. Jangan nervous sangat. Kalau BP tinggi and check banyak kali tak turun turun, potensi untuk tak boleh nak proceed next ujian sangatlah tinggi. Biasanya dyorang akan bagi cool down time sebelum recheck.

So gud luck dekat calon PTD yang akan ke UKJK. All the best !

You May Also Like

0 comments