Family Fun Run PJ Car Free Day 2019

by - July 15, 2019

Selesai UKJK, kawan share link untuk fun run. Nampak menarik. Tanpa fikir banyak, terus register. Free of charge pula tu.

Buka register form, tengok tengok, "eh, ada disediakan baju eventlah".

Dahlah yuran free, dapat baju and sarapan lagi. Nikmat apa lagi korang nak dustakan ✊

So pagi pagi dalam pukul 6.15am dah gerak. Event dekat Taman Bandaran Kelana Jaya. Jadi ambil masa dalam 20 minit je dari rumah (Setia Alam).

Sampai awal jadi parking tak de masalah sangat. Terus ke kaunter pendaftaran and bagi nombor ic untuk semakan.

Bagus betul team management event ni. Dah asingkan size baju dan label nama. Tinggal ambil dan serahkan pada peserta je. Tak kalut baru nak mencari size.


Disebabkan event ni combine larian dan basikal, jadi peserta yang berbasikal dilepaskan dahulu. Sementara nak tunggu turn larian, ktorang pun pusing kawasan sekitar. Rupa-rupanya, selain basikal dan larian, banyak lagi aktiviti yang dilakukan macam pertandingan beyblade, congkak, zumba dan macam-macam lagi.

Bergambar depan logo Taman Bandaran. Minta tolong org snapkan, maka separuh je lah logo belakang tu 😆

Tengah tunggu turn untuk larian bermula. Ramai juga yang join. 


Alhamdulilah larian dah selesai

Selfie depan signboard event hari ni

So boleh disimpulkan yang event ni awesome! Berbaloi join. Badan sihat hidup pun ceria 😃 Thank you so much Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebab manage event macam ni. Walaupun sis duduk bandaraya lain, sis tumpang sekaki join event ni 😜

You May Also Like

0 comments