Gulai Salai De Hilir

by - July 22, 2019

Disebabkan hujung minggu ialah hari untuk rehatkan badan dan santai santai, maka husband ajak makan luar. Dapur cuti hari ni.

On the way pergi ke kedai Gulai Salai De Hilir, husband aku promote cakap kedai ni sedap dan ada macam macam jenis masakan gulai salai baik ikan, ayam, daging mahupun itik.

Aku baru lepas makan daging salai Isnin hari tu, jadi daging aku dah off kan dari list. Ayam pulak aku lagi suka version masak merah, jadi ni pun off juga.

Itik?

Seriously aku tak pernah makan itik walaupun aku dah umur 28 tahun.

Rasa curious tu tinggi. Apalah rasa itik tu kan.

Jeng jeng jeng.....

Lalu aku pun orderlah Gulai Itik Salai dengan yakinnya 😂

Sampai je makanan, baca bismillah then husband terus rasa kuahnya. Tengok muka dia dah boleh tahu dah sedap ke tak. Memang PADU weyh.




Ni gulai itik salai yang aku order tu. Daging itik penuh satu mangkuk. Ya Allah, dengan harga RM10 sahaja memang tersangatlah berbaloi. Set datang dengan nasi putih, sambal belacan, timun, tempe dan tauhu goreng. 

Air sirap dan air masak free flow. 




Serius sedap!!! Daging itik manis dan kenyal kenyal sikit. Rasa rugi tak try awal 😆
Confirm repeat makan dekat sini.

Pada sesiapa yang tak tahu nak makan dekat mana area Paya Jaras, korang boleh try pergi kedai ni. Worth every penny. 

Buka hari Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad dari pukul 11 pagi hingga 6 petang. 
Cuti: hari JUMAAT

Waze je, insyaAllah sampai.

You May Also Like

0 comments